Tuesday, June 26, 2012

Demo Masak d Masjid Bukit Indah Ampang


Jangan lupa datang ke Masjid Bukit Indah Ampang pada 
30 Jun 2012 jam 5 petang untuk demo masak

Menu:
1. Nasi Jagung
2. Asam Pedas Daging
3. Kerabu Ikan Bilis

Thursday, June 14, 2012

Demo Masak di Paradigm Mall Kelana Jaya

jangan lupa datang menemui kakliza disini..
menu: 
Nasi Paella
Daging Goreng Lada Hitam
Salad Buah-buah [Tutty Fruity]

Wednesday, June 06, 2012

Mangga Pipi Merah


semalam kakliza pergi Pasar Malam Kerteh dan nampak buah manggabewarna merah..perasaan ingin tahu dan terus bertanya....penjual memberitahu nama buah ni Mangga Pipi Merah..

oleh kerana kakliza dah beli banyak buah lain, cadangnya nak beli pada minggu depan [harap-harap ada stok lagi masa tu]
harganya RM7.00 sekilogram..murah..cuma buahnya agak besar anggaran 700-800 sebiji..


maklumat lanjut boleh rujuk http://www.mangga.info/html/



 gambar ehsan Cik Google

 sempat juga kakliza merasa [diberi rasa sebelum membeli]..buah ni bila masak akan nampak warna lebih jingga [oren lembut]..isinya warna kekuningan..texturenya halus dan rasanya manis buah gitu..

Tuesday, June 05, 2012

Terjual melebihi 100 RIBU NASKHAH

Salam buat adik-adik sekelian..
Beita ini dah lama kakliza tahu cuma tak sempat nak kongsikan dalam blg inii.. ALHAMDULILLAH....
kakliza bersyukur dengan izin Allah SWT  kakliza berjaya menghasilkan sebuah buku yang mana hasil jualannya adalah diluar jangkaan bagi kakliza...
juga kakliza amat berterimakasih pada semua pihak iaitu PTS dan Kedai Buku POPULAR yang sanggup bersusah payah menghasilkan impian kita semua...
bukan semua orang akan dapat peluang keemasan begini...

setelah 18 bulan lahir buku 1 Hari 1 Resipi ini penjualannya telah mencecah 100,000 unit...
tiada perkataaan yang paling indah nak diucapkan selain ALHAMDULILLAH dan sangat bersyukur pada ALLAH SWT..
semoga lejayaan ini akan berterusan sehingga tiada noktahnya...



lapuran dari Facebook POPULAR

Monday, June 04, 2012

Biskut Daisy


Baru-baru semasa kakliza hadir dalam Sidang Akhbar Cabaran Daisy Secebat Chef, kakliza telah diberikan tugasan membantu membuat biskut ciptaan Chef Liza Zainol..

Biskut Daisy

Bahan-bahan
160 gm
Tepung Gandum

60 gm
Tepung Suji




100 gm
Gula Kastor

11/4 sudu kecil
Serbuk Penaik

1/4 sudu kecil
Soda Bikarbonat

150 gm
Kacang Tanah – dibakar dan dimesin

60 gm
Oat – dimesin

20 gm
Kelapa Kering - dimesin
120-140 gm
Minyak Jagung Daisy

1/8 sudu kecil
Garam
Hiasan:
D Sapuan Telur

Cara membuat sapuan telur: Campurkan telur dan susu cair, kemudian tapiskan.
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan A dan sebatikan di dalam mangkuk pengadun dan putar selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
  2. Campurkan kesemua bahan B yang telah dimesin dan putar selama 1 minit.
  3. Akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy dan garam, putar lagi 1 minit dan sebatikan.
  4. Adunan dicanai dan diterap berbentuk bulat, sapukan telur dan bakar selama 25-28 minit pada suhu 150 – 160C.

  5. Siap untuk dihidang.
Saiz Hidangan: 60-65 keping
Masa Penyediaan: 45 minit
Petua: Kacang tanah hendaklah dibakar terlebih dahulu sehingga kekuningan agar biskut wangi baunya.


ini dia biskut yang team kakliza buat ...sedappp...

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012






minggu lepas kakliza mendapat emel jemputan Sidang Akhbar untuk Cabaran DAISY Sehebat Chef bertempat di Akademi Kulinary Chef Liza Zainol yang telah menjadi duta minyak jagung DAISY   selama 7 tahun


di sana kakliza telah berjumpa ramai chef..blogger yang link FB dengan kakliza..
dan juga pembeli buku resipi masakan kakliza..
antaranya....

chef Liza Zainol [bertopi tinggi]

 kakjee

Rozita Kader [tokey Ita delight]



hasilnya..biskut daisy