Thursday, September 02, 2010

Biskut Dahlia

mai tertanya mengenai biskut ini.. so apa kata kita tenguk hasil yang eprnah kakliza buat masa zaman terlalu rajin dulu... tahun 2006 dulu...



BISKUT DAHLIA

Bahan

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.






4 comments:

  1. menjelang raya.. ini antara biskut yang digemari.
    Saya minta izi copy resepi ni ye.

    ReplyDelete
  2. menjelang raya.. ini antara biskut yang digemari.
    Saya minta izi copy resepi ni ye.

    ReplyDelete
  3. Boleh bg pic acuan dahlia x?

    ReplyDelete
  4. Boleh bg pic acuan dahlia x?

    ReplyDelete