Tuesday, September 28, 2010

Sambal Tempoyak Udang


SAMBAL TEMPOYAK TEMPOYAK UDANG


Bahan

500 gm udang sederhana besar [buangkan kulit]

2 papan petai [ambil isi]

3 sudu besar tempoyak

2 helai daun kunyit [koyakkan]

1 sudu kecil gula

Garam secukupnya


Bahan Mesin

5 tangkai cili merah

7 tangkai ciliapi

5 ulas bawang merah


Cara

1. Masukkan bahan mesin, tempoyak dan daun kunyit dalam periuk.

2. Masakkan sehingga naik wap. Kacau rata.

3. Masukkan petai, udang, gula dan garam.

4. Kacau rata dan masakkan sehingga agak pekat.

5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.

Selasa



Salam..
hari ini kakliza agak bizi [mmg selalu bizi tahap giler pungggg] kerana malam ini kakliza akan berangkat ke Kuala Lumpur [seorang diri naik bas tau...] untuk menghadiri Majlis Raya PTS di sana pada esok [hari Rabu] ..
semoga kakliza sempat memasak Kuah Lodeh untuk sumbangan buat majlis itu..

di Kuala Lumpur kakliza akan bermalam dirumah adik lelaki kakliza di Kg Laksamana dan akan berjumpa semua adik beradik..kira macam gadering la kann...
lama dah tak jumpa mereka ni...sejak kenduri kahwin Azlan aritu...

juga kakliza akan berjumpa beberapa kawan lama dan bloggers..
wah cukup-cukup padat jadual kakliza di Kl nanti..

InsyaAllah kakliza akan balik semula ke Kerteh pada Khamis malam kerana kesian anak-anak tinggal bersama suami jer.. [mana boleh tinggal mereka lama-lama..kuruslah depa..hehehhe]

apapun...kakliza gembira dan sangat teruja nak berjumpa dengan orang -orang yang kakliza sebutkan itu..



Monday, September 27, 2010

Daun Saderi aka Daun Sup





KHASIAT DAUN SADERI @ SUP

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Kegunaan

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan dikisar [blend] bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.


Penanaman

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.


Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Daun_Saderi

Acar Buah lagiiii...





menjelang posa selalunya kakliza buat jualan acar buah ni...tetapi kali ni kakliza buat lewat sikit..
hanya dekat nak raya dan bawa balik kampung di Kedah nun..


memang sedap bila ada acar ni waktu sahur.. atau makan ramai atau kenduri..
kalau kakliza dan asben bersahur ada acar buah dan telur masin..sedikit sayur salad dah cukup ..
le ni anak2 pulak mmg tak tinggal nak acar masa sahur...

teringat masa kakliza baru kawin dulu selalu Mak mertua belikan dari sedara dia untuk bagi pada kkliza..
dan juga dia bagi bekal untuk kakliza bawa p UK..hanya 250 gram saja..habis dalam 3 ari..
mana taknya kakliza dan asben makan ngan telur rebus..buat sandwich masa kami menginap kat hotel..
so lepas tu mmg niat nak belajar buat..

then selepas beberapa tahun ada seorang saudara asben kakliza supply acar kismis semasa wedding adik ipar..
apa lagi kakliza pun mintalah resepi..
tapi dia hanya bagi resepi acar kismis..yg mana kakliza kurang minat..

then kakliza try olah bahan2 tu dan campurkan dengan buah2 jeruk saperi belimbing buluh kecut..jeruk mangga..buah pala..lobak asin dan buah2 jeruk lain..
pada mulanya kakliza buat hanya untuk makan sendiri..kasi adik beradik..
tapi lama-kelamaan masing2 bertanyakan acar buah..
so kakliza pun mula memasak dan buat jualan..

selalunya mmg kakliza buat banyak kali ..setiap kali tu mencicah 10 kilogram bahan2..
bayangkan kakliza buat sensorang..mmg jenuh nak potong bahan tu..
tapi acar ni satu jer pantang ..masa masak..jangan masukkan air sikit pun..
garvy [kuah tu] adalah terhasil dari campuran cili mesin, gula dan cuka..masak ngan api yg kecil dan selalu kena kacau..
sambal [cili mesin] yg ditumiskan tu mmg kena masak lama..sampai berjam dengn api kecil untuk menjamin ketahanan acar ni supaya tidak basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk..
satu lagi..masak acar mmg gunakan minyak yg banyakk. ini adalah untuk menghalang kekeringan pada acar buah tu..cuma masa makan tu ceduklah buah2 dan sambal saja..minyak tu just tinggalkan dalam bekas tu supaya baki acar tu sentiasa nampak basah..

setakat ni acar kkliza mmg tahan lama..
saja kakliza biarkan kat luar dalam bekas2 yg kakliza jual tu untuk menguji ketahanannya..
percaya tak acar tu tahan sampai lebih 6 bulan..

masa kakliza baru bergiat dalam forum [tahun 2003] dan berkenalan ngan org siber..
kakliza masak acar dan packed 300 gram dan poslaju pada depa..
sampai Sabah Sarawak kakliza hantar..just free for testing..
tapi le ni..kakliza buat hanya untuk jualan kat kawasan kak liza tinggal saja..


ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

Serbian

Mungkin ada yang tertanya-tanya..apa makna Serbian..siapakah dia..
inilah Serbian...

ini adalah kucing kesayangan baru anak dara kakliza [Nurul Azlina]..
baru 4 bulan Azlina memelihara kucing ini..
diberi nama Serbian dan kekadang dipanggil Serby..
rasanya kucing betina kot..
dia adalah kucing kacukan tempatan dan kucing hutan..
muda lagi dan sangat suka bermain..berlari sana sini..
kalau nak tiduir dia suka hisap tek dia sendiri..



setakat ini dah 2 kali balik Kerteh dan p pantai disini..
semasa raya bebaru ni Azlina bawa balik Kerteh dan balik ke Kedah..
dalam perjalanan [kereta] kebanyakan masanya bermain..berjalan seluruh kertea dan tidur jer..
kalau Azlina nak berhenti sekejap untuk solat..dia akan tinggalkan jer dalam kereta dengan tingkap terbuka sikit..
Alhamdulillah tiada masalah setakat ini..

Kiranyanya Serbian ni dah mengeliling separuh Malaysia kerana raya bebaru ni dari S/Alam balik Kerteh dan seterusnya balik ke Kedah..pastu balik semula ke S/Alam melalui Penang/Ipoh..
tetapi semasa balik dari Kedah bebaru ini Serbian ditemani dengan lagi seekor anak kucing [muda sikit dari Serbian] kerana SIL kakliza nak bela kucing yang ada kat rumah MIL kakliza..
Alhamdulillah perjalanan mereka tiada masalah juga..sebaliknya dua-dua ekornya tidur ditempat yang sama...

inilah kucing yang dibawa balik ke Kuala Lumpur bersama Serbian

Masalah pembuangan najis..Azlina dah latih Serbian buang dalam bekas khas untuk mereka.. ..
so rasanya OKlah..
itulah kisah keluarga pet-lover ni...

Sunday, September 26, 2010

Kerabu Bunga Betik

Salam..
masa balik raya di rumah mertua [Kedah] bebaruni ada sepohon betik yang mengeluarkan bunga..
SIL kakliza teringin nak makan kerabu..so kakliza layan jer laaa..


Bunga yang didapati dari betik jantan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Selain itu, rasa bunga betik yang pahit itu mampu membuka selera makan terutamanya bagi mereka yang meminati ulam-ulaman. Jika anda ingin mengurangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu diramas bersama air garam. Anda juga boleh masak bunga betik ini bersama santan. Bagi mereka yang meminati kerabu, anda bolehlah mencuba resepi kerabu bunga betik ini.


KERABU BUNGA BETIK


Bahan

1 mangkuk bunga betik [asingkan batangnya]
2 sudu besar kerisek
1 labu bawang besar [hiriskan]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
1/2 cawan santan pekat [jika suka]
garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
5 tangkai cili merah
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering

Cara Memasaknya
1. Basuh bunga betik dan rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan agak lembut.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Hidangkan

Friday, September 24, 2010

Kena Serang

Salam semua..
beberapa hari lalu blog kakliza diserang malware..rasanya dijangkiti dari Innity...
so bertungkus-lumus la kakliza membuat pembersihan virus yang dibantu oleh Nor..
terimakasih daun keladi..lain kali kakliza kacau lagi...

harap-harap tiadalah malware tu lagi dalam blog kakliza..




dah alang-alang buat itu dan ini dalam blog kakliza pun buat perubahan wajah..
lama dah nak buat kelainan tetapia sik ebrtangguh jer...maklumlah akak ni bukannya rajin bebenar...

tapi sayangnya kakliza masih juga diserang penyakit MALAS..
semoga angin rajin mengupdates blog akan  bertambah baik selepas ini....

Saturday, September 18, 2010

Malas atau alasan saja



Assalamualaikum semua..
wah..kakliza cuti panjang koo..
lama betul akak tak updates blog..
bukan tak mahu tapi kebizian tahap kayangan dan keletihanyang luarbiasa membuatkan akak mati akal nak berurusan dengna tenet..

kebetulan pulak di kampung nun tak der talian tenet..
hanya tenguk blog atau FB kat I-phone jer..
malas akak nak picit itu butang kecik2...
nak tulis SMS pun malas giler inikan pulak nak layan blog atau FB lagilaaa..

anak saudara akak ada cakap i-phone boleh jadi server tapi akak kena install i-tunes kat laptop..
ala malas sungguh la..sbb dah bizi teramat sangat di dapur nun so mood nak main kibod atau laptop ditahap paling bawah...
lagipun sekali sekala balik kampung seronok jalan sana ..jalan sini



kakliza dan keluarga bertolak balik [2 kereta dan 1 van] dari Anak Bukit pada petang Khamsi dan bermalam di Butterworth rumah anak no3 tu..
so esoknya Jumaat jam 7.30 pagi anak dara kakliza bertolak balik ke Shah Alam ikut PLUS seorang diri bertemankan 2 ekor kucing [1 kepunyaan anak dara dan 1 lagi kepunyaan SIL kakliza]
pada 12.30 tghari kami 1 van bertolak dari butterworth melalui Balik/Grik/jel/Jerteh/K.T dan Dungun..
sepanjang perjalanan hujan sederhana lebat..
kereta dijalanan tak banyak tetapi agak perlahan kerana jalan licin...
kakliza sempat singgah di pekan Bukit Bunga untuk membeli beras Siam yang epmes dan pulut serta beras nasi dagang yang warna merah tu [browm rice]..



kami sampai rumah jam 11.30 malam..
penat tu toksah cakap la..
so arini mmg malas masak.. buat kerja..segalanya la...

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010

SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI SETERUSNYA

########################################################



Assalamualaikum...

Nampaknya puasa kian menghilang dan hari raya pula menghampiri kita..
saperti biasa..kakliza cukup padat dengan jadual kerja yang tidak pernah hentinya...

buat masa ini 4 orang anak telah berkumpul dirumah di Kerteh untuk berpuasa dan akan balik ke Kedah pada hari Rabu [8.9.2010] ini selepas suami kakliza habis kerja..
manaklaa anak sulong kakliza dan isterinya akan balik terus dari KL ke Alor Setar..

kakliza akan berkonvoi 2 kereta bersama anak dari Kerteh melalui Kuala Terengganu - Machang - Jeli - Grik - Baling - Gurun - Alor Setar..
tapi kakliza rasa kemungkinan besar kami akan travel secara relax..santai-santai gitu..
ini adalah kerana kami akan mulakan perjalanan setelah habis waktu pejabat..tentunya suami penat..
kakliza pula tidak suka memandu waktu malam so suami saja yang memandu..
bila dia penat..kami akan berhenti dan rehat..untuk dia tidur..
kalau kakliza tak mengantuk..sure kakliza jadi pakgad..tenguk sana sini..tenguk kereta yang lalu...

untuk sehari dua ini terlalu banyak tugasan yang perlu kakliza bereskan..
rasa tak tercapai tangan untuk membereskan kerja-kerja sebelum berangkat pulang bercuti raya ..
jadi kakliza mungkin tak boleh nak mengupdatekan cerita atau resepi disini...

Kakliza akan berada di Kedah sehingga Rabu [15.9.2010] ..
sesiapa yang tinggal di Alor Setar, kakliza berbesar hati jika dapat berkunjung kerumah mertua kakliza di 32, Anak Bukit, Alor Setar nanti..

kakliza akan bertolak ke Butterworth rumah anak kakliza no.3 tu pada Khamis [16.9.2010] dan balik ke Kerteh pada Jumaat [17.9.2010] nanti..InsyaAllah...

kakliza juga mengambil kesempatan ini memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf sekiranya dalam percakapan, perkataan dan gurau senda kakliza telah menyinggung perasaan adik semua..

Kakliza ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua adik-adik siber dan sesiapa sahaja yang mengenali diri kakliza sebagai Hanieliza atau Noorliza..

semoga hari lebaran ini disambut dengan gembira...
MAAF ZAHIR BATIN..

Tuesday, September 07, 2010

"Baby" Baru Kak Liza

Alhamdulillah..
kakliza panjangkan rasa syukur pada Allah SWT kerana impian kakliza menjadi kenyataan...
kini kakliza lebih gembira dihari raya ini kerana 'Baby' baru kakliza sudah berada dipasaran...
hanya dijual di POPULAR sahaja dengan harga yang murah..RM39.90 sahaja..
tetapi tiada tandatangan kakliza..
Kakliza juga menjual online...ada tandatangan..
jika mahu, boleh emelkan pada hanieliza@gmail.com segera kerana kakliza hanya ada stok yang terhad sahaja.

muka depan buku

muka belakang buku

halaman bahan masakan [rempah ratus]




mengandungi sebanyak 368 muka surat, padat dengan gambar yang sangat menarik hati..




antara 20 resepi baru tambahan pada resepi buku kecil dulu

Friday, September 03, 2010

Biskut Hazelnut Balls


BISKUT HAZELNUT BALLS

Bahan

200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazelnut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH

Bahan

250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara
1. Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.


Udang Pepper


UDANG PEPPER

Bahan
500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu besar jus limau kasturi
1 biji tomato hijau - belah 6
sedikit daun sup untuk hiasan - hiris

Cara
1. Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi, dan kacau sehingga udang kemerah=merahan. Tutup api.
3. Masukkan daun sup dan tomato. Kacau rata.
4. Hidangkan.

Fritata Telur


FRITATA TELUR

Bahan A

1 mangkuk putih telur
3 tangkai cili merah ]
1 ulas bawang putih ] cincang halus
sedikit garam

Bahan B
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 batang kacang buncis atau kacang panjang [potong kecil]
1/2 batang carrot [sagat]
sedikit kobis [racik]
3 sudu besar minyak

Cara
1. Gaulkan bahan A mengunakan whisker supaya sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat [non stik pan] dan tumiskan bahan B sehingga layu.
3. Masukkan bahan A yang telah digaulkankan tadi.
4. Masakkan dengn api perlahan sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan.
5. Hidangkan dengan salad.

Pecal [ Rojak sayur]


PECAL atau ROJAK SAYUR

Bahan Sayuran

1 ikat daun pucuk ubi
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun [hiris nipis]
2 butir tahu [goreng dan potong nipis]
daun salad
telur rebus [optional]
garam

Cara
1. Pucuk ubi, kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.

Bahan Kuah

1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering [potong dan basuh]
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
2 sudu besar minyak
gula
garam

Cara

1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan belacan dengan jus asam jawa sehingga halus.
4. Gaulkan dengan kacang tanah yg telah dihancurkan.
5. Masukkan gula dan garam. Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
6. Hidangkan dengan bahan sayuran.

Thursday, September 02, 2010

Cocoa Butter [Lemak Koko]




Cocoa Butter

Cocoa butter is the ivory-colored natural fat of the cocoa bean extracted during the manufacturing process of producing chocolate and cocoa powder.

It has a very subtle mellow flavor that gives chocolate its creamy smooth, melt-in-your-mouth texture.

The quality of the cocoa butter depends on the quality of the bean it came from and the process of separating it from the chocolate liquor. Cocoa butter is solid at room temperature but it has a low melting point (just below body temperature) and it does change from a solid to a liquid quickly (ie. sharp melting point).

The quality of chocolate depends on the amount of cocoa butter added during processing. The reason a piece of good chocolate melts immediately when eaten is because the melting point of cocoa butter is the same as our internal body temperature. Inferior brands of chocolate use vegetable shortenings instead of cocoa butter.

Cocoa butter is the base of white chocolate along with milk solids, sugar, vanilla and lecithin.

Cocoa butter is expensive and is used both for cosmetics and baking (thinning chocolate, candy making, coating marzipan figures for shine and also prevents them from drying out too fast).

Mainly found through mail order sources.

Store cocoa butter in an airtight container and it will keep several years in the refrigerator.


gambar dari tenet

Biskut Dahlia

mai tertanya mengenai biskut ini.. so apa kata kita tenguk hasil yang eprnah kakliza buat masa zaman terlalu rajin dulu... tahun 2006 dulu...



BISKUT DAHLIA

Bahan

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.






Tat Buah-buahan [Fruit Tartlets]








FRUIT TARTLETS [TAT BUAH]

Bahan

125 gm butter
125 gm majerin
80 gm gula perang
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum
1/2 cawan cornflakes [kisarkan]

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze] >> [boleh beli dikedai jual bahan kek]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung dan cornflake yang dikisar halus sedikit demi sedikit sehingga sebati dan lembut.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tat. Tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 20-25 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil dan digaulkan dengan jeli apricot.
8. Hidangkan.



jom rasa....


acuan tat yg digunakan...


sekiranya tak suka Kerim Keju boleh gantikan ngan ..

KERIM KASTAD

Bahan

250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.
5. Hiaskan mengikut buah kesukaan sendiri.