SUP CENDAWAN
Bahan
300 gm cendaran tiram [koyakkan]
100 gm lobak merah [potong kecil]
100 gm udang [buangkan kulit]
2 cawan air
1 pokok daun sup ]
1 pokok daun bawang ] potong pendek
2 sudu minyak
garam secukupnya
Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara
1. Basuh sayuran dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris dan udang sehingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan sehingga mendidih lagi.
5. Tutup api dan masukkan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.
Alamak .. sedapnya kak liza .. hehe ..
ReplyDeleteSalam Kak Liza....
ReplyDeleteSedapnya Sup Cendawan Kak Liza...Leh Cuba Nanti...
sayur yg ada cendawan dan lobak merah shj...terima kasih la kongsi resipi...balik ni boleh msk...
ReplyDeleteSalam Liza,
ReplyDeletesedapnya, nak cuba buatlah utk juadah bbuka petang ni...
kena try ni......
ReplyDeletesaya mmg suke masak menu nie coz my kids really like it....
ReplyDeleteAs Salam Chef,
ReplyDeleteSaya suka menu yang simple2 macam sup cendawan ni. Anak2 pun suka. Terima Kasih Chef :)
-min.
Tkasih Chef.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteSedapnye
ReplyDelete