merujuk pada permintaan...
nazifa: salam..kak liza ade x resepi biskut yang pakai kelapa parut..hehe
BISKUT KELAPA PERMATA
Bahan
250 g butter
200 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan kelapa kering
1 cawan tepung ubi ] diayakkan
1 1/2 cawan tepung gandum ]
bahan hiasan...ceri merah [ potong kecil ]
Cara
1. Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa supaya samarata.
2. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
4. Masukan kelapa yg telah digaul rata dengan tepung tadi.
5. Gaulkan sehingga menjadi doh lembut.
6. Canaikan dan teraplah mengikut acuan kegemaran.
7. Hiaskan dengan ceri merah dan bakar selama 15 - 20 minit dalam suhu 180'C.
8. Sejukkan sebelum simpan dalan bekas kedap udara.
NOTA : Resepi ini telah disiarkan dalam majalah KELUARAN KHAS SAJI OGOS 2010. Ada 10 resepi biskut raya kakliza didalamnya.
wahh bestnye..resepi kuih raya
ReplyDeletehehe..thanks kak liza sbb add resepi tu..saya nk try buat utk raya neh...
ReplyDeleteklu kita sangai sendiri kelapa parut tu blh tak?
ReplyDeleteSalam kak Liza,
ReplyDeleteSaya minta izin copy resepi di blog saya. Nak cuba buat utk raya kali ni.
Suka resepi ni sbb ringkas (^_^)