ACAR IKAN MASIN
Bahan
300 gm isi ikan masin [talang/kurau/merah]
200 gm gula
2 inci halia [mayang halus]
100 gm kismis
100 gm lobak asin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1/2 cawan cuka tiruan
1 cawan minyak untuk tumis
1 sudu besar bijan goreng untuk tabur/hiasan
garam secukupnya
Bahan Mesin
25 tangkai cili kering
5 sm halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara
1. Ikan masin dipotongkan kecil dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin, jintan dan serbuk kunyit sehingga wangi dan naik minyak. Kacau rata.
3. Bila naik minyak masukkan cuka dan gula.
4. Bila mendideh masukkan kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
5. Masukkan bawang merah dan ikan masin yangg digoreng tadi.
6. Bila naik minyak boleh tutup api.
7. Taburkan bijan goring dan hidangkan.
wah, nampak macam sedap je.
ReplyDeletenak try la...
Salam Kak Liza,
ReplyDeleteSaya dah cuba acar ikan masin ni...hmmm yummy sangat...tq for sharing.