Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Thursday, July 29, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Demo Masakan di POPULAR, Ikano, Petaling Jaya
Tuesday, July 27, 2010
Rempit
Assalamualaikum..
akak nak bikin hot stori for today ni...tapi harap rajin membaca la.sebab panjang sikit karangannya...
hari ini asben kakliza nak bertolak untuk meeting Rabu dan Khamis di Kuala lumpur..
dia balik waktu lunch dan bersiap-siap untuk bertolak..
satelah siap solat dan berkemas dia pun bertolak pergi..
selepas 10 minit dia pergi, kakliza ternampak baju kerjanya yang ada pas kerja dan thumb-drive tergantung di kerusi komputer dia..
apa lagi, kakliza pun capai henfon dan call dia tapi tiada respon..
memang kakliza tahu dia letak henfon tu dalam beg kerja bukan dalam poket baju atau seluar..
ah..sudah...apa nak buat ni..
kakliza pun capai kunci kereta dan rumah..sarung tudung sambil keep calling dia tapi still no respon..
kakliza pun pecut kereta semahunyalah untuk mengejar dia..
tak padan dengan umur proton saga yang 24 tahun tu tapi still menten....
sambil driving kakliza berdoa suapaya dia nampak kakliza called atau dia berhenti rehat dimana-mana memandangkan dia selalu jer cepat mengantuk bila driving sensorang...
dipertengahan jalan adik kakliza called, tapi kkliza cakap kakliza tak boleh sembang lama sbb dok driving nak kejar asben yang tertinggal barangkerja yang penting..
pastu kakliza tambah pecut..macam bawa kereta Formula One lagaknya..tapi cuak juga sebab kakliza mmg tak suka rempit ni..cakap jer suka rempit tapi walhalnya takut..acah jer..
sambil tu mata akak dok tenguk juga kalalu asben akak yang drive van patah balik atau lepak tepi jalan tapi tak kelihatan..
so akak called anak sulong [Mohd Azlan] minta dia keep calling ayah dan bagitahu kakliza sedang mengejar dia..
tapi still no respong..hangin sungguh akak tauuu...grrrr.....
akhirnya kakliza sampai ke bandar Kemaman di sempadan Terengganu Pahang..
setelh berbincang dengan Azlan..kakiza pun ambil keputusan untuk patah balik..
tapi bergantang jugalah kakliza bebel pada Azlan perihal ayahnya yang payah sungguh nak gunakan henfon.. [geram punya pasal..]
kakliza pun drive perlahan dan tenang semula..duduk dilane kiri saja..
semua kereta lori pun potong akak..
sampai dilampu isyarat simpang ke Sekolah Mat lagam Kamaman lampu merah..so akak pun stopped..
tiba-tiba akak terpandangkan van dan asben akak lalu...
fuh...apalagi akak susur kiri dan turn right semula dan kejar yop kejar van dia..
sampai dilampu isyarat simpang INTAN Kemaman akak nampak van dia dan berhenti dibelakang sebelah kiri dan bunyikan hon bertalu-talu...
at last dia nampak dan memberi signal kekiri..dan berhenti..
dia keluar van dan kakliza menunjukkan baju dia..
dia berjalan kearah akak dan kakliza pun memberikan segala barangan penting dia tetapi akak tak keluar..
bila kakliza tanya bagaimana dia boleh lambat sampai Kemaman..
dia beritahu setelah 10 minit driving dia mngantuk dan tidur kat Kemasik..[kakliza betul-betul tak nampak...kelamkabut kotttt..]
apalagi..akak pun order dia simpan talipon dalam poket so senang akaknak hubungi sekiranya ada kecemasan..
setelah selesai segalanya kami pun berpecah..dia meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan kakliza pun balik ke Kerteh..
dalam perjalanan balik mengantuklah pulak.. ah sudah....akak tetap teruskan perjalanan balik rumah dan here you are..sedang tulis kisah kelamkabut siang tadi..
tapi till now akak tak talipon dia lagi.
kejap lagi baru nak call dan tanya dah sampai atau belum...
agak-agak akak ni kejam tak...
hehehhehehheh...
Rumusannya yang kakliza dapati..sentiasalah berdoa suapaya Allah sentiasa mendengar permintaan kita..terutamanya dalam kesusahan..
dan jika ada kemudahan teknoloji terkini hendaklah digunakan..
Monday, July 26, 2010
Today my 52th birthday....
Assalamualaikum...
dalam tidak sedar..rupanya dah bertambah unur kakliza yerr..
apapun Alhamdulillah diberikanAllah segala kehidupan yang penuh dengan kasih sayang keluarga..teman..adik-adik mahupun dialam siber atau nyata...rezeki yang melimpah ruah..kesihatan yang baik...kegembiraan yang tak terhinggaa....
tambah-tambah lagi sabtu babru-baru ni kakliza dapat keke besdey in advance..
buat adik-adik siber yang mengucapkan segala ucapan buat kakliza, kakliza ucapkan berbanyak-banyak terimakasih...semoga kita akan beroleh keberkatan diatas doa-doa itu...
tak lama lagi kakliza akan naik pangkat laa...
Sunday, July 25, 2010
Saturday, July 24, 2010
Friday, July 23, 2010
Geledah Dapur Ramadan Besama Ben Ashaari
SKROL KE BAWAH UNTUK BACA ENTRI BARU.....
Salam...
kakliza pun seronok nak bercerita tentang masakan, makanan resepi, tips dan petua orang tua [akak lah tu..] so akak pun menjoinkan blog akak dengan blog Ben Ashaari [sapa yang tak kenal atau tak tahu blog dia rasanya rugi banget daa...
kakliza rasa patut ramai yang join ni sebab dengan ini kita dapat idea nak masak..planning memasak..dan segalanya mengenai masakan/makanan...
tyang dah pandai akan memberikan idea..dan yang kurang tu akan menerima dengan terbukanya...
apapun jom kita jalan-jalan disini cari apa yang patut dibuat untuk join..
cepat..jangan sampai terlambat....