Sabtu semalam kakliza telah sempat menghadiri majlis Motivasi Keibubapaan yang dianjurkan bersama SK Seri Iman Kemaman dan EPIC juga beberapa pihak lain yang berlansung di Dewan Dato'' Seri Amar Diraja di bandar Kemaman. Majlis bermula jam 9.00 pagi disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Haji Muhd Kamil bin Ibrahim mengenai kepentingan Doa dalam kehidupan seharian kita. Dari Doalah kita akan mendapat keberkatan dan kejayaan yang dimohonkan InsyaAllah..
Prof. Dr Hai Muhd Kamil bin Ibrahim telah terkenal dengan buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman yang menjadikan beliau The Best Seller..memang best buku ini..memang patut pun Prof menjadi The Best Seller..
Beliau menyampaikan ceramah selama 2 jam..sehingga sekali sekala kedengaran suaranya serak akibat kesungguhan beliau menyampaikan ilmu pada lebih kurang 600-700 hadirin.
Setelah menyampaikan ilmu yang sangat bernilai, beliau dan isterinya Puan Roza meluangkan masa menandatangani buku-bukunya. Kebetulan Puan Roza juga baru selesai menyiapkan buku Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu. Seronoknya suami-isteri menulis buku dan mendapat sammbutan hangat.
salam kak liza,
ReplyDeleteSelamat hari ibu, buat kak liza. Terima kasih kerana menjadi ibu, rujukan buat saya. Dah lama saya ikuti kak dr FP belajar masak2 dan teknik amik gambar. thanks a lot,kak..
salam kak liza,
ReplyDeletepembetulan,program sk seri iman bersama dengan EPIC dan bukannya ECIP.hehehe.
terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis ni..
Junita Musliha
Seri Iman.