Tuesday, March 30, 2010

Pesta Buku


Assalamualaikum..
Mohon maaf kerana lewat menceritakan kisah demo masakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini..

Kakliza pergi ke Pesta Buku pada Jumaat [26.3.2010] lalu pada jam 10.30 pagi dan berada disana sehingga jam 1.00 tengahari. Disamping berjumpa dengan warga kerja PTS, kakliza juga sempat melihat orang amai membeli buku-buku resepi kakliza juga menandatangani buku yang telah mereka beli.

Pada pagi Sabtu jam 10.00 pagi kakliza telah sampai ke booth PTS uantuk bersedia membuat demo masakan pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Untuk keselamatan kakliza hanya menunjukkan demo masakan yang hanya menggaul sahaja.Tetapi semua bahan telah siap direbus dan potong di rumah.
Kali ini kakliza menunjukkan cara membuat Kerabu Betik Muda [Somtam] dari buku Kerabu & Salad dan Salad Kentang dari buku terbaharu kakliza iaitu Makanan Barat.



Alhamdulillah...sambutan amat menggalakkan..penuh sesak menunggu kakliza membuat demo.
Selasai menandatangani buku-buku resepi yang dibeli sehingga jam 2.00 petang sambil bertemu dan bergambar bersama mereka.





Kakliza meminta anak sulong kakliza [Mohd Azlan] dan suami mengambil gambar tetapi susana agak ramai pengunjung jadi kebanyakkan gambar diambil oleh jurugambar PTS.
Gambar kemeriahan di Pesta Buku yang diambil oleh Mohd Azlan boleh dilihat di sini

Dalam kunjungan kakliza di Pesta Buku kali ini kakliza telah berjumpa dengan sepupu kakliza yang telah 30 tahun terpisah kerana kami tinggal berjauhan. Aceli sepupu kakliza tu tinggal di Cheras saja tetapi setiap kali kakliza balik ke Kuala Lumpur kami tidak berkesempatan berjumpa. Kakliza amat gembira sekali dan begitu juga sepupu kakliza sehngga mengalir air mata beliau kegembiraan.


NOTA: gambar yang kakliza pamirkan disini kebanyakkannya kakliza ambil dari jurugambar PTS..terimakasih kakliza ucapkan...

3 comments:

  1. Anonymous4:57 PM

    saya pergi petang jumaat 26/3, sambar buku kak liza 5 buah utk saya, 3 buah utk hadiah kawan2..
    sayang tak dapat jumpa untk dptkan tandatgn kak liza.

    semoga kak liza terus berjaya.


    CK

    ReplyDelete
  2. >> Anonymous

    terimakasih...
    kakliza ada sekejap je petang 26/3 tu [jam 5.00 - 6.30ptg]

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Liza cayang...
    Waaah meriahnya suasana, sonok tgk kak Liza jumpa dgn peminat2 kat sana..alahaii mmg glamour sungguh Kak Liza sejak terbit buku nih...Td masa Kak Liza call citer semua nih, Ummi xleh bayang camne, ni tgk pengunjung punya ramai..wadoooiiii..kena serbu dia rupanya...mst penat kan Kak Liza, tp sonok..hehee..xpa, lepas ni rest cukup2 tau..muaahhh!!!

    ReplyDelete