Thursday, February 11, 2010

Mohd Azlan akan nikah esok


Assalamualaikum..
buat masa ni bermacam-macam rasa yang ada pada kakliza kerana anak sulong kakliza Mohd Azlan bernikah dengan gadis pilihannya di Rawang esok Jumaat 12 Februari 2010..
gembira kerana kakliza akan mendapat seorang lagi anak..
berdebar kerana selagi tak selesai majlis selagi tu tak senang duduk..
juga akan berkongsi kasih anak dengan seorang lagi..

kakliza berdoa semoga semunya akan berjalan lancar dengan baiknya...
majlis kenduri pihak perempuan akan dibuat pada hari Sabtu 13 Februari 2010..
manakala majlis pihak kakliza akan dibuat di Kerteh apda 13 Mac 2010 nanti..
InsyaAllah...

mohon juga adik-adik mendoakan kelancaran majlis kami...
kakliza dahului dengan ucapan jutaan terimakasih....

19 comments:

  1. insyaallah..semoga majlis ini akan berjalan lancar dgn iringan doa dr peminat2 akak..dr alam maya ini.. tahniah ya akak ... ilah jy ni tah bila nak lalui semua itu...anak dara masih belajar..
    akak..nak tanya dah ok ker anak akak yg kecik tu makan vermox??? harap sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak liza..dah nak terima menantu...

    ReplyDelete
  3. tahniah ye kak liza...nak dpt menantu!! Doakan semoga semuanya berjalan lancar!!!!

    ReplyDelete
  4. salam kak liza...slmt terima menantu....tahniah. bertuah menantu dpt mertua pandai masak ni....hehehehhe...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum tahniah kak liza...semoga segalanya berjalan dgn lancar...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Liza,
    Tahniah nak dapat seorang lagi ahli keluarga :-). Semoga segala yang dirancang berjalan dgn baik dan lancar dan semoga perkahwinan itu dirahmati Allah dan kekal ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  7. tahniah dr nor sekeluarga...
    semoga semuanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan segala urusan..

    selamat pengantin baru juga buat kedua mempelai.. semoga berkekalan bahagia ke akhir hayat ... amiinn

    ReplyDelete
  8. tahniah buat k.liza sekeluarga n selamat pengantin baru buat azlan n soon wife to be.kami semua doakan yg terbaik esok ya.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Kak Liza kerana mendapat menantu. Semoga majlis nikah akan berjalan lancar. Nanti tunjuk la gambar ya.

    ReplyDelete
  10. tahniah kak...dapat anak sorang lagi..

    ReplyDelete
  11. Salam k.Liza cayang..Tahniah dari Ummi kerana bakal mendapat ahli keluarga baru...hehee..Weee berdebar eh..mana lebih berdebar nak terima menantu dengan masa nk jadi menantu..hehe..Apapun, Ummi doakan segala persiapan yang dirancang dan diatur akan berjalan lancar dan majlis dirahmati Allah swt. jua hendaknya..amiiinn..

    (*psstt - Kak Liza jaga kesihatan sama ya, nnt nak kenduri kat Kerteh lg byk guna tenaga tu..hehe)

    ReplyDelete
  12. Tahniah dan selamat menyambut menantu,harap semua urusan akan dipermudahkan. Amin

    ReplyDelete
  13. Tahniah kak Liza.. moga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  14. Tahniah kak Liza..semoga anak dan menantu bahgia, begitu juga kak liza sekeluarga..

    ReplyDelete
  15. Tahniah,semoga semuanya berjalan lancar.Cm pun baru lepas kenduri kahwin anak perempuan cm.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.Jangan lupa berdoa kepadaNya agar semuanya berjalan dgn sempurna.

    ReplyDelete
  16. tahniah kak Liza ..smoga semua berjalan lancar.selamat menyambut org baru dlm keluarga kak liza

    - peminat akk

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:38 PM

    Ucapan tahniah 4 kak liza & famili.. X lama lagi leh jadi tok wan ye... ;) - Rosie M (member FB)

    ReplyDelete
  18. salam kak liza,
    tahniah! saya doakan semuanya berjalan lancar. Moga pasangan mempelai dan kak liza suami isteri bergembira di hari bahagia.

    ReplyDelete
  19. Anonymous6:43 PM

    Tahniah kak liza....semoga rumahtangga mereka juga bahagia dan kekal hingga ke syurga..
    InsyaAllah...semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin.

    ReplyDelete