Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Wednesday, November 04, 2009
Trip to KL
Pada Khamis lalu kakliza bertolak ke Kuala Lumpur untuk membuat shooting masakan untuk Majalah SAJI dan JELITA..
sampai jam 3.30 pagi di Hentian Putra kakliza diambil oleh anak sulong dan kami terus membeli barang utnuk memasak di NSK Selayang..
jam 5.00 pagi kakliza pergi berjumpa ibu dan adik kakliza di Selayang Bahru..
pastu jam 7.30 pagi kakliza bertolak ke rumah kawan kakliza di Setiawangsa pula..
selepas anak kakliza bertolak ke pejabatnya kakliza dan kawan [Nonie] bertolak ke Nilai untuk sopping..
tapi kami taklah beli banyak barangan kerana ada yang antaranya kakliza tak berkenan..
kami pulang ke KL jam 3.30 petang..
lepas asar kami keluar semula dan buat survey lagi di kedai bunga dan kraftangan..
borong lagi...
lepas maghrib kakliza dan anak-anak bertandang ke Rawang untuk berjumpa sesaorang..
kami pulang ke KL jam 11.00 malam..
hari Sabtu kakliza shopping bahan basah untuk program masakan pula..
setelah membersihkan semua bahan basah dan menyimpannya dalam petisejuk, kakliza dan anak sulong keluar untuk menyopping bahan lain pula..
kakliza balik dan memulakan kerja mengupas bawang dan merebus cili...
oleh kerana terlalu penat kakliza batalkan rancangan untuk memasak..
so aktibiti memasak akan bermula selepas solat subuh Ahad nanti...
No comments:
Post a Comment