Saturday, September 26, 2009

Kasih di pagi Syawal 2009

Salam Aidilfitri buat adik-adik sekelian..
beginilah suasana dipagi Syawal 2009 di rumah mertua kakliza

seberang jalan depan Masjid Intan Shafinaz, No. 32 Anak Bukit, Alor Setar, Kedah..


kakliza & suami dan 5 anak


Mohd Azlan [anak no.1]


Nurul Azlina [anak no.2 ~ the only princess kakliza]

Mohd Azri [anak no.3]


Mohd Azib [anak no.4]


Azmil [anak kakliza no.5 - bungsu]


sebahagian dari keluarga dipihak suami kakliza



Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kakliza nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua adik-adik siber dan sesiapa sahaja yang mengenali diri kakliza sebagai Hanieliza atau Noorliza..

semoga hari lebaran ini disambut dengan gembira...


kakliza juga mengambil kesempatan ini memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf sekiranya dalam percakapan, perkataan dan gurau senda kakliza telah menyinggung perasaan adik semua..

MAAF ZAHIR BATIN..

kakliza akan balik Kedah pada Khamis [17.09.09] petang melalui jalan Kelantan, Grik dan Butterworth kerana akan mengambil anak no.3 [Mohd. Azri] di Permatang Pauh..
sesiapa yang ingin berhariraya dengan kakliza di rumah mertua di 32 Anak Bukit, AlorSetar, Kedah..kakliza amat gembira menerima kedatangan adik-adik sekelian..

kalau sudi sesiapa yang bertandang umah kakliza..bawalah kad dari kakliza ni dan pastu gantunglah kat umah /blog adik-adik..











Wednesday, September 16, 2009

Kad Raya 2009

Assalamualaikum..
ohhhh..seronoknyaaaa....
dapat banyak Kad Raya bila menziarah rumah adik-adik siber..
kakliza ucapkan berbanyak-banyak terimakasih...
nak kena sewa treller juga ni...nak angkut kad tu semua...

































Thursday, September 10, 2009

Sayur Lemak Labu & Udang Masam Manis


arini kakliza buat..
resepinya memang dah pernah tulis..







Kueh Bakar dan Bingka Jagung



Assalamualaikum..
semalam kakliza buat kueh yang jenis bakar jer..untuk buku resepi KUEH MINUM PETANG..
senang citer..bancuh dan masuk loyang..then bakar..




resepi boleh dibaca disini


boleh tenguk resepi di sini

Wednesday, September 09, 2009

Kuah Kacang aka Kuah Satay




kakliza diminta untuk menuliskan resepi kuah kacang atau kuah satay..
selalunya kalau kakliza buat kuah kacang..kakliza akan masak dengan api perlahan dalam masa yang lama..
sampai naik minyak, cantik dan pekat..
tak boleh buat terburu-buru..





KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


Puteri Mandi di tepian kolam..


semalam kakliza buat untuk buku KUEH MINUM PETANG..
sesuai la untuk berbuka puasa atau makan selepas balik terawih...

resepinya boleh tenguk disini



Tuesday, September 08, 2009

Ayam Percik dan Kerabu Daun Selum


Assalamualaikum..
arini kakliza nak berikan sesaorang ayam percik..
sajalah nak kasi dia rasa masakan kakliza..
so pepagi lagi kakliza dah cari ayam kat pasar..
sib baik beli lebih sebab ada juga yang teringin..
alhamdulillah.... rezeki mereka...
Masakan ini adalah ulangtayang masak..so resepinya disini..



disamping tu kakliza teringin nak makan kerabu so kakliza pun buat Kerabu Daun Selum...
resepi ini adalah salah satu dari 23 resepi dalam buku Senang Memasak Kerabu & Salad..