Friday, February 13, 2009

Pisang Rebus


tajuk ni kedengaran rasa macam makanan orang lama jer...tapi bila makan..rasanya memang sedap..
cara buatnya senang...sebaiknya gunakan pisang nangka sebab ia rasa lemak masam-masam ..masak cara rebus jer dan just hidangkan..

sesuai untuk minum petang atau berbuka puasa..
hidangkan dengan Fruit Koktel Punch [air buah-buah campur]





PISANG REBUS

Bahan

pisang nangka
kelapa parut muda
gula perang [brown sugar]
garam

Cara
1. Pisang dikeratkan kedua-dua hujungnya dan basuh.
2. Masukkan pisang, air dan garam dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh dan toskan air.
4. Hidangkan dengan kelapa muda yg telah diparut [boleh gunakan kelapa biasa tapi hanya gunakan yg putih saja] dan juga gula perang.

No comments:

Post a Comment