Friday, February 13, 2009

Ayam Sos Oren

AyamOren1

Bahan Ayam
400 gm isi dada ayam
lada sulah secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan tepung jagung (auntuk menyalut ayam)
minyak untuk goreng

Bahan Sos
2 ulas bawang putih (cincangkan)
1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
1 s/k gula atau secukup rasa
1 s/k minyak bijan (jika suka)
2 s/k tepung jagung ] bancuh
2 s/b air ]
1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
2 biji tomato, dipotong berbaji
daun bawang & cili merah


Cara
1. Perapkann ayam dengan serbuk lada sulah dan garam selama 10 minit.
2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
3. Goreng ayam hingga kekuningan dan tuskan.
4. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.
5. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.
6. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.
7. Hidangkan ayam dalam pinggan dan senduk sos ke atasnya.
8. Hias dengan hirisan oren, tomato, daun bawang dan cili.

No comments:

Post a Comment