Thursday, January 29, 2009

Ayam Masak Serai


kakliza begitu teruja ngan masakan Ayam Masak Serai masakan Maklang so kkliza pun menjalankan operasi mencuba ...
nampaknya sangat rengkas dan mudah..
memang kesukaan kakliza kalau bab masak yg sempoi..rengkas dan sedap ni...
bagi kakliza memang tak rugi mencubanya...

terimakasih maklang Lina/Kerteh kerana sudi berkongsi resepi yg sedap dan rengkas ni...


kakliza just copy dari FP Maklang [teratak maklang]..


Ayam-Serai


AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

No comments:

Post a Comment