Monday, September 22, 2008

Balik Raya

Quote:

Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.








Salam Aidilfitri dari kakliza...
mulai esok kakliza akan bercuti raya selama lebih kurang 2 minggu...
kakliza akan mengikuti asben kkliza yg kena meeting di KL pada Rabu pagi..
Rabu petang kakliza bercadang nak jalan2 kat Bazar Ramadan Kg. Baru [Jalan Raja Alang] sambil nak amik gambar kemeriahan jualan disitu...
hari Khamis kkliza akan p Melaka untk menguruskan anak kkliza[no3.] naik bas balik ke Alor Setar..
Jumaat kkliza akan bertolak ke Shah Alam melalui PD dan singgah disitu untuk berjumpa ibu dana dik kkliza..sambil tu boleh amik kueh raya disana..
Jumaat petang kkliza akan tunggu anak dara kakliza habis kelas dan anak sulung habis kerja jam 6 ptg..
then kami akan teruskan perjalan ke Alor Setar..

kakliza akan balik semula ke Shah Alam pada Sabtu lepas raya dan seterusnya Ahad pagi akan p Melaka untuk mengantar anak no3 pula...
kakliza akan back to Kerteh Ahad petang..

so nampaknya sunyilah FP atau blog kkliza..
tiada entry terbaharu...
dan kkliza pulak...kebingungan la sbb selalunya dok adap tenet tapi di Kedah umah mertua takder tenet...

akhir cerita..kakliza mohon ampun dan maaf sekiranya selama kkliza berceloteh ada silap dan terkasar baahasa...
semoga dihari mulia ni akan mendapat keberkatan yg berlipat ganda...

6 comments:

  1. Anonymous10:57 AM

    waaa.. lamanya kak liza bercuti.. mesti ramai yg rindu kat celoteh kak liza nanti...

    selamat hari raya aidilfitri untuk kak liza sekeluarga... semoga berbahagia di hari lebaran..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Liza...Hati2 Balik Raya Kak Liza....Jomlaa Ambil Kad Raya Kat Blog Kak Lin....

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:52 AM

    >> salam aidilfitri utk kak liza sekeluarga...
    >> moga bahagia di syawal mulia...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak liza..!! maaf zahir batin.. nanti buat open house ya..!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Liza dan selamat hari raya. Saya tersesat kat sini waktu tgh google resepi laksa terengganu. Terima kasih banyak kpd fp Kak Liza.

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:18 PM

    Salam,

    Saya actually dah banyak cuba respi u, mmg best. Saya cadangkan u put ur trademark in the middle of the picture, mmg nampak serabut tp susah nak edit. Klu u letak kat tepi mrk crop jer gambar tu.

    Saya cdgkan u saman jer company tu kalau dia tak nak bg royalti, jangan duduk diam.

    ReplyDelete