Bahan: 5 biji telur itik atau ayam
1 cawan santan
10 biji belimbing buloh [optional]
daun kunyit- dikoyakkan sikit
garam
Bahan Mesin Halus 20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
2 cawan santan cair
Cara: 1. Masukkan bahan mesin ke dalam periuk.
2. Masakkan perlahan sehingga mendideh.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan.
4. Masukkan santan pekat, garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment