Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Tuesday, March 04, 2008
Ketupat Sotong
Bahan-bahannya:
1 kg sotong
400 gm beras pulut [dikukuskan dgn 400 gm santan cair]
5 cm halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
15 gm halba
500 ml santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Gula & garam(secukup rasa)
Cara-caranya:
1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam. Kukuskan separuh masak.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat.
saya akan try resipi ni sbb saya sangatla suka ketupat sotong trengganu..ingat masa belajar kat uitm dolu-dolu
ReplyDelete