Saturday, February 23, 2008

Kueh Talam Gula Merah


Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

11 comments:

  1. Anonymous6:50 PM

    Salam Hanieliza, nampak enak kuih2 Hanie. InsyaAllah, ada masa nak juga cuba buat walaupun ada resipi sendiri. Terimakasih.

    Peminat Masak.

    ReplyDelete
  2. utk Lapisan Bawah tu kurang paham cikit...

    utk gula merah tu, nak 1 Cawan yg telah dicairkan atau 1 cawan gula merah yea.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:51 AM

    nak ty..gula merah ade ke dlm bentuk serbuk..? atau gula melaka @ nissan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tlg jwb . Ada ja sis.. Gula merah serbuk. Brand sajiku. Atau timbang di kedai runcit.

      Delete
  4. Anonymous11:01 AM

    kak kemas je akk punye kuih tu..cantik layer yg atas tu,putih bersih je...nape saya buat atas tu comot..mesti ada warna coklat terlekat ckit kt atas tu..

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:02 AM

    kak kemas je akk punye kuih tu..cantik layer yg atas tu,putih bersih je...nape saya buat atas tu comot..mesti ada warna coklat terlekat ckit kt atas tu..

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:40 PM

    Saya cuba resepi ini melalui buku tetapi lapisan atas tak menjadi, cair sahaja walaupun kukus lebih dari satu jam, Kenape ye..

    ReplyDelete
  7. Anonymous8:40 PM

    Saya cuba resepi ini melalui buku tetapi lapisan atas tak menjadi, cair sahaja walaupun kukus lebih dari satu jam, Kenape ye..

    ReplyDelete
  8. halumi10:56 AM

    Salam kak .saya buat menjadi .alhamdulillah.tp kan kenapa bahagian bwh sy warna tak terang.gula merah tu masakkan kena campur air ke tak.sb sy campur air secawan.jadi sy kurang secawan air dlm resipi yg guna 5 cwn air tu.

    ReplyDelete
  9. halumi langkawi11:31 AM

    Salam kak.kenapa saya buat warna kat bwh tu tak terang.masak gula merah tu kena letak air tak?

    ReplyDelete
  10. halumi10:30 AM

    boleh tak kalau saya masak atas dapur lapisan atas dan bawah masak dlm pan atas dapur shj..dan sejukkan

    ReplyDelete