Thursday, January 31, 2008

Rempah Cap Rose

sejak kkliza tinggal di Terengganu..pada tahun 1984 kkliza tinggal di Dungun..so jiran-jiran kkliza terdiri dari local Terengganu..
kakliza mula belajar masakan Terengganu dan kawan2 memperkenalkan rempah gulai cap rose..
tapi sekarang kakliza dah pindah tinggal di Kerteh..

rempah cap rose adalah keluaran Melayu di Terengganu..
Nama Syarikat : Syarikat Hassan Majid Sdn Bhd
Alamat : 1016C, Jalan Serada, Kampung Kepong,
20050, Kuala Terengganu


terdiri dari 2 jenis..


rempah gulai
adunan rempah ratus ketumbar, adas manis [jintan manis] jintan putih, buah pelaga, kunyit, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada kering..dikisar..



rempah masak
adunan rempah ketumbar, adas manis, jintan putih, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis yg digorengkan dan dikisar..

tapi sorilaaa..sukatan campuran rempah ratus ni kkliza tak tahu..
bila nak mask kkliza just sukatan yg perlu dimasukkan dan ditambahkan dengan cili mesin untuk menambahkan rasa pedas atau sebagainya...

selalunya kkliza gunakan dalam masakan..
* kerutup ayam/daging
* laksa terengganu
* masakan ikan/ayam/daging
* nasi dagang
* gulai kawah
* rendang tok
* acar buah[resepi kak liza] ~ kkliza gunakan rempah masak..wangi bau acar tu...

setakat ni mmg payah nak jumpa rempah ni diluar Terengganu or Kuantan..
so far kakliza pernah kirimkan rempah ni pada beberapa orang kawan siber...

10 comments:

  1. saya dan husb mmg suka makan kerutuk ayam n daging..dulu kat kelantan dapat la merasa..ni dah jauh susah nak dpt rempah ni...

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:32 AM

    salam kak liza...rempah cap rose ni mmg sedap kak liza...kalau buat gulai nasi minyak mmg terasa sgt...suri

    ReplyDelete
  3. memang betui kliza.....

    ReplyDelete
  4. faizabelle79 ...
    masa mula tinggal akt tganu ni akak tak ksiah pun rempah ni..lama-lama sedap pulak..so mmg aka suka gunakan..taklah bau mamak sangat kalau buat gulai berempah...

    Anonymous..
    betui tu..mmg sedap...


    ct payong ..
    akak setuju 100%...

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:53 PM

    salam kak liza,,,husband kita suka sgt mkn ns dagang..tp x pandai buat la.buleh tak klu nk kirim kt akak??

    ReplyDelete
  6. salam kak...saya sekarang buat rempah serbaguna untuk pelbagai jenis masakan...
    kalau mahu cuba boleh la ke facebook kami di
    www.facebook.com/kuihterengganu..
    selamat mencuba..

    ReplyDelete
  7. rempah kami dipanggil rempah "GONG KAPAS

    ReplyDelete
  8. saya share resepi pki rempah ni, alhamdulillah ramai yang bagi respon. ramai yang luar terengganu nak dapatkan rempah ni...

    ReplyDelete
  9. K.liza tinggal kt mane. Di pasar borong selangor ada yg jual rempah ros ni. Sy baru beli kt situ

    ReplyDelete
  10. kdai mana ya kat pasar borong selangor tu boleh bg info tak whatsup 0145098189

    ReplyDelete