Pokok Nangka menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus heterophyllus. Pokok ini berasal dari India dan Asia Tenggara. Antara 'saudara' nangka ialah cempedak dan breadfruit. Buah Nangka lebh besar dan bulat dari buah cempedak yg lebih kecil dan kulitnya tidak setebal buah nangka. Buah nangka muda boleh dibuat sebagai masakan saperti gulai lemak, gulai berempah, lemak ciliapi, kerabu atau rebus cicah air asam saja dan juga rendang. Cara membuangkan kulit nangka Kulit nangka hendaklah dibuangkan sebelum masak. Biasanya potong nangka dibawah aliran [cucuran] paip air supaya getah nangka dapat dielakkan melekat pada pisau
Nangka (jackfruit) has a very thick skin, full of thorns which aren't sharp.
The skin of the nangka is green. There are lots of yellow seeds inside. The
fruit meat of Nangka are used (or cooked) as vegetable dish when it is unripe
but the fruit can be eaten fresh when it is ripe.
NANGKA BEREMPAH atau GULAI NANGKA TUMIS DARAT
Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil
200 gm ikan talang kering
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba
1/2 s/k jintan manis
Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak
No comments:
Post a Comment