Sunday, January 27, 2008

Nasi Dagang

pada hari Jumaat lepas kkliza teringin nak makan nasi dagang tapi tak sempat nak buat..
so kakliza pun buatlah arini untuk keluarga..
aceli resepi ni adalah untuk shooting majalah JELITA yg masih tunggu giliran nak masuk dalam majalah tu..
selain dari nasi dagang ada beberapa masakan terengganu yg akan turut sama..
antaranya Laksa terengganu, ketupat sotong, rojak betik, mee calung, wajik [nasi manis]..


NASI DAGANG

Bahan-bahan

600 gm cawan beras
100 gm beras pulut
30 gm halba
400 ml air
400 ml santan pekat
garam secukup rasa

Bahan utk DiMayang
5 ulas bawang merah
4 cm halia

Cara-cara membuatnya
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan.
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
3. Kukuskan sehingga naik wap.
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5. Siramkan dengan air dan kacau rata.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
7. Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
9. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar

NOTA:
Jika tiada pulut boleh gunakan beras wangi AAA.
Rendamkan 2-3 jam dan toskan.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan

1.5 kg ikan tongkol ]
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya ]
60 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500 santan pekat
30 gm gula merah
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.


Acar Timun.

Bahan

100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah & hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
30 gm gula
garam

Air kapur secukup untuk merendam sayur

Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang mancis.
2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.

2 comments:

  1. lambangsari2:56 AM

    Dlm fotopages, Kak Liza ada sebut guna jaring pukat sanggul utk lapik kukusan berlubang tu.. mcm mana rupanya jaring tu, dan kat mana nak beli? TQ

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:43 PM

    cara mk sy ajr nk sedap rendam beras semalam...

    ReplyDelete