Thursday, January 24, 2008

Ketam Sweet-Sour


Bahan Bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

2 comments:

  1. Lama tak makan ketam... crab stick tu adalah, tapi tak sama...

    ReplyDelete
  2. mmg tak sama..
    kakliza suka serve budak2 ketam ni sebab kat sini ketamnya besar2 dan so freshhh....
    jgn jelos..

    ReplyDelete