Monday, January 21, 2008

Asam Pedas Lada Hitam


Bahan
500 gm ikan pari [potong kecil]
2 biji tomato [potong 4]
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya [untuk kuah
]garam
minyak untuk menumis
daun sup [potong pendek]

Bahan tumbuk/mesin halus
20 biji cili api
2 s/b lada hitam
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 tangkai serai

Cara
1. Basuhkan ikan pari..rendamkan sebentar dengan asam limau + asam jawa + garam. Bilas dan toskan sehingga kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ikan, garam dan buah tomato.
5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
6. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment