Bahan 1 peket agar-agar [rendamkan sehingga kembang]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 biji telur ayam
2 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]
Cara 1. Masakkan agar2 dengan air dan daun pandan sehingga mendideh.
2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendideh lagi.
3. Tapiskan agar kedalam periuk lain. Biarkan mendideh lagi.
4. Gaulkan telur dengan santan sehingga sebati. Tapiskan.
5. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendideh sekejap.
6. Angkat adunan dan tuangkan dalam acuan.
7. sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment