Wednesday, July 24, 2013

Puding Lapis Kacang Soya


PUDING LAPIS KACANG SOYA

Bahan 
10 gram serbuk agar-agar
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 liter air kacang soya

½ cawan tepung kastad
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna kuning

sedikit pewarna hijau

Cara Membuat
1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidh.
2. Masukkan air kacang soya dan tepung kastad dalam mangkuk dan kacau sebati. 
3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk agar-agar dan kacau rata lagi sehingga mendidih.
4. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dan masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk. Kacau rata.
5. Masukkan adunan warna hijau ke dalam loyang yang disediakan dan biarkan agak keras.

6. Tuangkan adunan warna kuning perlahan-lahan ke atas adunan hijau dan tunggu sehingga agak keras.
7. Tuangkan pula adunan warna merah dengan perlahan-lahan ke atas adunan kuning dan biarkan sehingga keras. [Tuang dari bahagian  tepi]
8. Sedia untuk dihidangkan.

Tip
Untuk mengelakkan adunan warna hijau atau merah sejuk dan keras sebaiknya letakkan mangkuk adunan warna didalam mangkuk air panas.

Sunday, July 21, 2013

Puding Roti Butterscotch


PUDING ROTI BUTTERSCOTCH

Bahan
1 bungkus roti butterscotch
1 tin susu cair
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula kastor
1/2 cawan kismis
4 sudu besar mentega

Cara Membuat
1. Sapukan mentega pada roti dan potong kecil.
2. Susunkan roti di dalam loyang yang telah disapu mentega.
3. Taburkan kismis setiap lapisan susunan roti.
4, Kacau rata susu cair dengan telur, esen vanilla dan gula.
5, Tuangkan keatas roti yang telah disusun di dalam loyang. Biarkan selama 15 minit. .
6. Kukuskan di dalam pemanggang ajaib selama 40-50 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan hidangkan.

Friday, July 19, 2013

Kek Pisang


KEK PISANG

Bahan
1 cawan pisang [dilenyek]
3/4 cawan majerin cair
3 biji telur ayam A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sod bikarbonat

Cara Membuat
1. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat didalam mangkuk besar. 
2. Masukkan susu tepung dan gaul rata.
3. Blend [kisar] telur ayam dan gula kastor sehingga gebu..
4. Masukkan pisang lecek ke dalam blender dan kisar lagi.
5.Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk tepung.
6. Masukkan majerin cair kedalam mangkuk tepung dan telur tadi. Kacau sebati.
7. Sapukan majerin keliling loyang dan tuangkan adunan.
8. Kukuskan di dalam pemanggang ajaib selama 30 minit dengan api kecil
9. Sejukkan dan potong. Hidangkan.



Bubur Sagu Warna Warni



BUBUR SAGU WARNA-WARNI


Bahan
1½ cawan sagu mata ikan 
3 cawan air
cawan santan kotak
1 cawan gula pasir
2 sudu makan gula merah
2 helai daun pandan [disimpul]
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuat
1. Sagu dibasuh dan tuskan.
2. Didihkan air didalam periuk dan masukkan sagu mata ikan.
3. Kacau sebati sehingga sagu masak dan nampak jernih.
4. Masukkan dalam  tiga mangkuk kecil berasingan dan masukkan perwana mrah, hijau dan kuning. Kacau rata dan sejukkan.
5. Masakkan gula pasir, gula merah dan daun pandan sehingga mendidih.
6. Tapiskan ke dalam mangkuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan kacau rata.
7. Potong sagu yang disejukkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi santan.

8. Hidangkan.

Monday, July 15, 2013

Kerabu Mangga Ikan Bilis

KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan
 
2 biji mangga muda [diparut isinya] 
1 biji timun [dibuangkan biji tengah dan parutkan ] 
1 biji lobak merah [diparut]
3 batang serai [dicincang halus] 
2 labu bawang besar [dimayang ] 
2 tangkai cili merah 
2 tangkai cili hijau 
1 cawan ikan bilis 
2 cawan minyak masak
3 sudu besar jus limau 
1 sudu kecil gula 
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris atau diparut ke dalam mangkuk besar. 
3. Bancuhkan jus limau dengan gula dan garam. 
4. Tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau rata. 
5. Taburkan ikan bilis goreng semasa menghidangkan.

Saturday, July 13, 2013

Coklat Crunch


CHOCOLATE CRUNCH

Bahan 
500 g coklat compound [dipotong kecil]
50 g butter
150 g badam hancur atau stripe [dipanggang]
100 g cocoa crunch atau cornflake [ramas/hancurkan sikit]
50 g nutella atau peanut butter
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara Membuat
1. Cairkan coklat compound secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan cocoa-butter. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan kedalam acuan coklat dan hentakkan perlahan-lahan untuk menghilangkan gelembung angin.
5. Masukkan dalam petiais beku [freezer] dan biarkan beku selama lebih kurang 5 minit.
6. Keluarkan dari petiais beku dan terbalikkan  supaya keluar dari acuannya.

7. Masukkan ke dalam acuan kertas dan taburkan sedikit manik warna-warni.
8. Simpan dalam bekas.

Nota:
Teknik double boiler boleh rujuk Double Boiler

Friday, July 12, 2013

Kerabu Daun Selum & Taugeh



KERABU DAUN SELOM & TAUGEH

Bahan A

1 ikat daun selom [dihiris halus]
1 mangkuk taugeh
2 labu bawang besar [dihiris]
1 cawan kelapa muda
3 biji limau kasturi [diambil jus]

1 sudu makan minyak masak

Bahan B [Dikisar]
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan [jika suka]
2 sudu makan udang kering

Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan kelapa dan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selom dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers