Thursday, May 30, 2013

Pancake Jagung

Salam buat semua adik2 yang berkunjung ke blog kakliza..
buat masa ini kakliza berada di rumah mertua di Anak Bukit Alor Setar menemani bapa mertua kakliza sementara mak mertua dan adik ipar kakliza membuat umrah..
jadi kakliza kena masak masakan yang boleh dimakan oleh mertua..
untuk sarapan hari ini kakliza buatkan ..

PANCAKE JAGUNG


Bahan
1 tongkol jagung [dihiris halus]
1 biji telur A
3 biji cili merah [dicincang kecil]
1 pokok daun bawang [dicincang kecil]
100 gram daging ayam [dicincang kecil dan goreng tanpa minyak]
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
3 cawan air
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

 1. Gail rata semua bahan

 2. Masukkan sesenduk dalam kuali tak lekat,

 3. Masakkan dengan api yang paling kecil dan terbalikan.

4. Hidangkan. [Jika suka dengn cili sos]

Thursday, May 23, 2013

Kerabu Perut

Salam..
sekarang kakliza sedang menyusunkan 100 resipi yang emnggunakan pemanggang ajaib..
so memang banyak resipi yang kena try n error didapur rumah yang harus menggunakan alat itu.. 
antara yang kakliza buat baru-baru ini..



KERABU PERUT

Bahan 
500 gram perut 
2 cawan air
1 batang serai [diketuk]
1 inci halia
1 keping asam gelugor
5 biji jus limau kasturi
1 sudu kecil gula
garam  secukup rasa

Bahan Hiris 
2 biji mangga separa masak
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara Membuat
1. Perut dibasuhkan dan hiris kecil.
2. Masukkan perut, air, serai, halia dan garam ke dalam pemanggang ajaib dan rebuskan selama 15 minit dengan api yang kecil.
3. Tuskan.
4. Masukkan perut dan semua bahan hiris ke dalam mangkuk besar.
5. Gaul rata semua bahan. Rasakan masam dan masinnya.
6. Hidangkan ngan nasi putih. 

Wednesday, May 22, 2013

Bihun Goreng SUFI

Beberapa minggu lalu kakliza diberikan bihun produk SUFI untuk dicuba masak..
olrh kerana tugasan yang amat banyak kakliza selalu lupa nak masak bihun ini..tapi pagi tadi oleh sbb nak makanan sarapan yang mengenangkan..kakliza pun buat ini.. 

Terimakasih pada bihun SUFI yang sedap..tidak hancur dan benyai bila menggorengnya..rendam pun sekadar ambil amsa kakliza potong sayur saja..
wahhhh..senang banget donggg...Percayalaaa...



Bahan-Bahan: 
1 paket bihun SUFI [400 gram]
200 gm daging [hiris nipis] 
200 gm sawi [dipotong pendek] 
200 gm kobis [diracik] 
1 batang lobak merah [dipotong halus saperti batang mancis] 
3 sudu besar minyak masak
1 cawan air 
garam secukup rasa

bahan mesin/tumbuk 
5 biji ciliapi 
5 biji cili merah 
2 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi. 
2. Masukan daging, garam dan air kacau rata. 
3. Masukkan kobis, lobak merahdan bihun. Kacau rata sehingga sebati. 
4. Bila nampak bihun lembut masukkan sawi. 
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam. 
6. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.