Monday, April 23, 2012

Demo Masak di Pesta Buku Kuala Lumpur 2012


Jumpa kakliza di Pesta Buku Antarabangsa 2012..

1. Hari Pertama

Tarikh : 27 April 2012
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat ; Booth POPULAR
Menu :  1. Ayam Masak Sambal Kicap
              2. Kerabu Daun Selum
              3. Nasi Goreng Tomyam


2. Hari Kedua

Tarikh : 28 April 2012
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 - 2.00 petang
Tempat ; Booth POPULAR
Menu :  1. Nasi Lobak Merah
              2. Daging Goreng Lada Hitam
              3. Kerabu Epal Hijau


3. Hari Ketiga

Tarikh : 29 April 2012
Hari : Ahad
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat ; Booth POPULAR
Menu :  1. Sambal Bebola Ayam
              2. Spageti Bolognese
              3. Salad Buah-buahan

4. Hari Kelapan

Tarikh : 24 Mei 2012
Hari : Jumaat
Masa : 12.45 - 2.45 petang
Tempat ;Pentas Utama PWTC
Menu : 1. Ayam Gulai Darat [buku Lauk-Pauk]
             2. Goreng Belacan Kacang Botor [buku Sayur]
             3. Kerabu Ikan Bilis [buku Kerabu]

Sunday, April 22, 2012

Ayam Goreng Oregano



AYAM GORENG OREGANO

Bahan
1 ekor ayam                ]
3 biji kentang              ] dibuang kulit dan potong kecil
1 batang lobak merah ]
1 labu bawang besar        ]
1 biji cili capsicum merah ] dipotong dadu kasar
3 biji cili merah                ]
5 kacang panjang [dipotong 2 inci]
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk kasar aregano
1 sudu besar majerin
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Ayam digaulkan dengan garam dan lada hitam. Perapkan 30 minit.
2. Kentang dan lobak merah direbus sehingga lembut. Tuskan.
3. Bakar ayam dalam kuali non-stik sehingga masak.
4. Masukkan majerin, semua bahan yang dipotong kecil dan garam. Kacau rata.
5. Sedia dihidangkan dengan roti.

Saturday, April 21, 2012

Sambal Goreng Pucuk Ubi

SAMBAL GORENG PUCUK UBI

Bahan A
1 ikat pucuk ubi
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula
Garam secukupnya

Bahan B
5 tangkai cili merah [potong pendek]
5 tangkai ciliapi
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
½ cawan ikan bilis

Cara Membuat
1. Pucuk ubi dihiriskan halus. Basuh dan toskan.
2. Bahan A dimesinkan kasar sahaja.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dimesin sehingga naik minyak.
4. Masukkan pucuk ubi, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pucuk ubi layu dan lembut.
6. Hidangkan.

Tip
Untuk mengelakkan pucuk ubi berasa pahit hendaklah diramaskan sebelum dipotong.

Wednesday, April 18, 2012

Penat sungguh


Assalamualaikum...
lama tak celoteh...saja la nak tulis kasi cerita sikit ...

Fuh..sejak akhir-akhir ni jadual kerja kakliza semakin padat..semakin tenat kakliza dibuatmya..
tapi Alhamdulillah ada En. Suami yang baru bersara menjadi PA merangkap Mr Gajetkerana serba serb memerlukan pertolongan beliau...
Terimakasih ya Mr. Gajet..

tapi kakliza lah semakin...semoga tidak menjejaskan kesihatan kakliza...

setiap pagi akan keluar dari Mutiara Damansara bersama PA ke NSK Selayang untuk..

pastu bersama anak dara kakliza [sebagai Chef Assistant] akan ke Studio Resepi PTS di Batu Caves untuk..


bila balik rumah....sure jadi

Alhamdulillah...
akhirnya kakliza berjaya menyudahkan 24 resepi dalam masa 3 hari...


sebagai reward..kakliza bersama PA merangkap Mr Gajet dan anak dara ke Seksyen 2 Shah Alam untuk
sekarang dah balik Kerteh tapi hanya untuk beberapa hari saja...sebab Selasa depan kakliza akan jadi juri pula..

dan juga buat demo masak dlm Pesta Buku d PWTC pada Jumaat dan Sabtu...[nanti kakliza tuliskan jadual alam entry lain..]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers