Sunday, May 30, 2010

ABC De Bubbles






Masa 3 minggu kkliza berada di KL..2 kali kakliza p minum ABC di Seksyen 2 Shah Alam [De Bubbles]..
sedap giler weyyyy...
kalau boleh tapau memang akak nak tapau bawa balik untuk asben kakliza rasa..
tapi sayang..
anyway akan kakliza bawa juga asben pi makan disitu pada 13 Jun 2010 ini masa kakliza buat Demo masakan di The Mines nanti..InsyaAllah..

apapun jom kita layan...tenguk tu sedapnyaaaa....


hanya RM3.50 saja....


hanya RM2.50

Kerabu Ayam [Masakan Brunei]




Assalamualaikum...
lama sungguh kkliza tidak melapurkan aktibiti kakliza..memng bizii betul la...
now kakliza akan ada banyak masa untuk mencuba resepi baru dan menulis semula di laman blog kakliza..

masa kakliza d Kuala Lumpur baru-baru lalu kakliza telah menghadiri majlis Demo Masakan oleh Chef dari PTS yang dibuat di One Utama, Petaling Jaya..

Oleh kerana buku Masakan Brunei yang ditulis oleh beliau masih belum dijual di pasaran w/pun dah siap dicetak so kakliza hanya gunakan kreatibiti kakliza jer la..


KERABU AYAM

Bahan

2 keping dada ayam [bakar]
1 batang timun ]
3 biji tomato buah ] hiriskan
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
10 biji tomato ceri
5 biji limau kasturi [ambilkan jusnya]
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Cara
1.Ayam dicarik-carikan dan amsukkan dalam amngkuk besar.
2. Masukkan bahan hiris dan semua bahan lain.
3. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
4. Hidangkan.

Sunday, May 09, 2010

Award lagi...

Salam buat adik-adik sekelian...
wah dah musim terima Awards ni..
ingatkan ada musim durian..buah manggis..penyu bertelur jer..
rupanya kasi awards ni pun bermusim..
ada yang dapat award dan jawab tag..ada yang aksi jer...
bagi kakliza semuanya kakliza sukaaaaa...
Award ker..tag kerr..semuanya kakliza cuba jawab dengan sebaik mungkin...

kali ini kakliza mendapat awards dari MamaFaMi...

Apron ni sangatla cantik..
kakliza rasa macam nak buat untuk dipakai dalam Demo atau Kelas Masakan kakliza nanti..
InsyaAllah...

betul ker blog kakliza cantik....cam tak caya jerrr...

dah dapat awards jom kita layan soklan ni...

JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....

1. Sweet-sour Udang [peberet anak-anak]
2.Tomyam Campur [akak suka pedas-pedas]
3. Nasi goreng Kampung [senang kerja sedap dimakan...]

PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

1. Puding Buah-buah sos mangga/oren [ada rasa masam dan berkuah]
2. Jeli Kelapa Muda [senang dan sedap]
3. Puding Laici Dangdut [terasa kelembutan puding yang lazart..]

JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....
1. Tat Dahlia [senang kerja tapi biskut cantik]
2. Biskut Coklat Chips Rangup [peberet anak-anak..]
3. Biskut Sarang Semut [senang kerja]

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....
1. Nor KT
2. Lemon Grass
3. JURNAL RASA

Ceramah Motivasi Keibubapaan [2]



Prof Dr Haji Muhd Kamil bin Ibrahim

Assalamualaikum..
Sabtu semalam kakliza telah sempat menghadiri majlis Motivasi Keibubapaan yang dianjurkan bersama SK Seri Iman Kemaman dan EPIC juga beberapa pihak lain yang berlansung di Dewan Dato'' Seri Amar Diraja di bandar Kemaman. Majlis bermula jam 9.00 pagi disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Haji Muhd Kamil bin Ibrahim mengenai kepentingan Doa dalam kehidupan seharian kita. Dari Doalah kita akan mendapat keberkatan dan kejayaan yang dimohonkan InsyaAllah..
buku Prof yang menjadi Best Seller


Prof. Dr Hai Muhd Kamil bin Ibrahim telah terkenal dengan buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman yang menjadikan beliau The Best Seller..memang best buku ini..memang patut pun Prof menjadi The Best Seller..
Beliau menyampaikan ceramah selama 2 jam..sehingga sekali sekala kedengaran suaranya serak akibat kesungguhan beliau menyampaikan ilmu pada lebih kurang 600-700 hadirin.



Setelah menyampaikan ilmu yang sangat bernilai, beliau dan isterinya Puan Roza meluangkan masa menandatangani buku-bukunya. Kebetulan Puan Roza juga baru selesai menyiapkan buku Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu. Seronoknya suami-isteri menulis buku dan mendapat sammbutan hangat.

Prof sedang menandatangani di buku hasil tulisan beliau...

kakliza dan anak bungsu sempat bergambar ketika dalam kesibukan beliau..


ambil peluang bergambar dengan Puan Roza [isteri Prof]


bersama Puan Roza dan pihak penganjur diakhir majlis [gambar ehsan dari blog Prof]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers