Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Wednesday, April 28, 2010
Hikmah Makanan Dalam Islam
Monday, April 26, 2010
GAYA HIDUP : MANFAAT BERJALAN KAKI [BRISK WALKING]
salam buat adik-adik..
pagi ini kakliza baca dari FB MamaBoomBoom...
kakliza buat sebelum p Mekah pada tahun 2003..memang berkesan dan sangat baik..
tapi sayang lepas balik Mekah..asikbertangguh jer.. so nampaknya kena mulakan gerakan....
Ayuhhhhhh...
pagi ini kakliza baca dari FB MamaBoomBoom...
kakliza buat sebelum p Mekah pada tahun 2003..memang berkesan dan sangat baik..
tapi sayang lepas balik Mekah..asikbertangguh jer.. so nampaknya kena mulakan gerakan....
Ayuhhhhhh...
GAYA HIDUP : MANFAAT BERJALAN KAKI [BRISK WALKING]
Ramai wanita yang beranggapan senaman di gymnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat tetapi tidak membabitkan sebarang kos.
Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat seperti berikut
Berat badan Stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolism tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolism tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan laju secara rutin.
Elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung meyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku pembuluh darah ke jantung.
Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan laju dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap
70 000 pesakit Sekolah Kesihatan Harvad, Amerika Syarikat, yang sering berjalan iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak dua daripada tiga kes.
Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama dalam kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga masyarakat kita mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua sedia maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Sumber : Berita Mingguan Julai 2009
Wednesday, April 21, 2010
Demo Masak d Perpustakaan Kemaman
Assalamualaikum...
kali ini kakliza nak war-warkan mengenai Demo Masakan yang akan kakliza buat pada Sabtu 24 April 2010 di Perpustakaan Kemaman jam 11.30 pagi sehingga 2.00 petang anjuran Pustaka Munirah Kemaman
ini adalah sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang dibuat oleh pihak Perpustakaan Terengganu..
kakliza bercadang nak menunjukkan masakan Nasi Jagung [buku NASI}, Sambal Ayam [buku AYAM], Daging Goreng Ladahitam [buku DAGING] dan Salad Raita [buku KERBAU & SALAD]
jom ramai-ramai kita meriahkan Demo Masakan itu..
selain dari melihat demo masakan, penonton juga akan diberikan hadiah bila menjawap soalan kuiz..
dan paling best..dapat makan apa yang dimasakkan...
Tuesday, April 20, 2010
Mencari Editor Buku Masakan dan DIY Wanita
Assalamualaikum adik-adik sekelian..
semoga sentiasa berada dalam kegembiraan dan keberkatan Allah SWT..
kakliza mendapat emel dari editor PTS meminta mengiklankan jawatan Editor Buku Masakan dan DIY Wanita..
semoga sentiasa berada dalam kegembiraan dan keberkatan Allah SWT..
kakliza mendapat emel dari editor PTS meminta mengiklankan jawatan Editor Buku Masakan dan DIY Wanita..
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saudara dan saudari, teman-teman penggemar resipi.
Pertamanya saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya adalah Mohd Ikram Wazir. Saya adalah Pengurus Penerbitan bagi Unit PTS Millennia Sdn. Bhd. Kami menerbitkan buku Resipi bagi pasaran buku Malaysia. Kami juga menerbitkan buku DIY wanita. Antara buku yang sudah kami terbitkan adalah seperti berikut
Kini, kami membuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sebagai editor untuk buku masakan dan DIY Wanita.
Ciri Calon yang kami cari adalah seperti berikut:
1. Kelulusan minimum adalah diploma.
2. Orang muda, baik lelaki ataupun perempuan, usia sebaiknya di bawah 30 tahun.
3. Suka memasak, sukakan resipi ataupun ada passion mengenai resipi dan DIY Wanita.
4. Pandai bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja dan para penulis.
5. Suka bermain-main dengan idea-idea baru.
Jika ada yang berminat ataupun ada kenalan yang berminat, kami mempelawa untuk menghantarkan resume secepat mungkin. Sesi interview akan dibuat sebelum penghujung bulan April dan jika sesuai, kemasukan terus pada 1 Mei 2010.
Resume itu boleh dihantar terus kepada saya di emel ikram@pts.com.my
Saya akan menunggu emel daripada sesiapa sahaja yang berminat.
kesudian dan kerjasama saudara dan saudari untuk membaca emel ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Wassalammualaikum.
--
Himpun koleksi 12 buku agama bestseller PTS!
Diskaun 25%. Beli online di www.bookcafe.com.my/agama
--
MOHD IKRAM WAZIR
Pengurus Penerbitan
PTS Millennia Sdn. Bhd.
No 12 & 12A, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Sunday, April 11, 2010
Kelas Masakan di Kuala Lumpur
Wednesday, April 07, 2010
Award dari Nenek
Assalamualaikum..
kali ini kakliza mendapat award berupa Tiantik dari Nenek Unique...
memang cantik sekali...
kakliza ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kerana sudi memberikan award ini pada kakliza..
kalau lah real tiara.fuhhh..mana akak nak sorok sebab sure pak maling akan kejo akak nak amik berlian yang gemerlapang kilatnya tu...
bahaya..bahayaa...
apapung...
Tuesday, April 06, 2010
Al-Fatihah
Petang tadi kakliza begitu bersemangat untuk berkemas rumah sebelah kerana pada hujung minggu ini teman kakliza meminta tumpangkan saudara-maranya yang datang dari Kuala Lumpur untuk kenduri perkahwinan anak lelakinya pada Sabtu ini. Tetapi setelah emndapat berita tokwan kakliza yang sedang sakit tua telah pulang ke rahmatullah maka semuanya jadi muram dan rasa kesedihan.
Kakliza segera menalipon keluarga di Bagan Serai, Perak untuk bertanya khabar. Kakliza juga mohon maaf kerana tidak dapat pulang disebabkan keadaan tidak mengizinkan. Kemudian kakliza memberitahu semua adik-adik di KL dan PD juga di Kuantan.
Allahyarham tok wan kakliza Hashim bin Anang menghembuskan nafas jam 4.30 petang tadi pada usia 96 tahun setelah menderita sakit tua selama hampir 2 tahun.
Kakliza berkesempatan menziarahinya sebanyak 2 kali semasa allahyarham sakit..
Alhamdulillah...tiada perasaan ralat kerana kakliza telah sempat berjumpa dan melihatnya semasa cuti sekolah Disember 2009 lalu.
kisahnya boleh lihat disini
Kak liza doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...
Monday, April 05, 2010
Pesta Buku Dungun
Assalamualaikum...
lama tak celoteh kat blog..
biasalah bizi sokmo ...
Hari Jumaat 4.4.10 lalu kakliza diminta membuat Demo Masakan di Pesta Buku Dungun yang berlansung di Perpustakaan Dungun.
kakliza membuat demo masakan Nasi Lemak Sri Pandan, Kerang Goreng Pedas dan Telur Dadar Udang [Prawn Omlette]. Disamping itu kakliza telah siapkan juga sambal ikan bilis untuk dijamukan dengan nasi lemaka tu..
Bimbang takut tak sempat nak siapkan masakan nasi, kakliza telah masakkan nasi lemak dari rumah dan masukkan dalam bekas tahan panas yang selalu orang jual nasi lemak tu.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Macam kenduri pula...seronok tenguk hadirin menjamu selera.
jom kita tenguk apa terjadi...