Thursday, December 31, 2009

10 buku "Senangnya Memasak bersama Chef Hanieliza"

Dapatkan 10 buah buku "Senangnya Memasak bersama Chef Hanieliza"
boleh dibeli di kedai-kedai buku seperti MPH, Borders, Times, Kinokuniya dan juga kedai-kedai buku di sini

setiap buku mengandungi 23 resepi masakan yang senang dan ringkas dicuba..
berharga hanya RM5.50 senaskah..

jika ingin membeli online boleh saja emelkan pada hanieliza@gmail.com

Wednesday, December 09, 2009

Ke Kuala Lumpur lagi...

Salam...
tengahari ini kakliza dan suami akan ke Kuala Lumpur lagi untuk menghadiri kursus disana selama 3 hari [10-12 Disember 2009]..
kebiasaannya kakliza akan buat aktibiti sendiri [tentunya shopping..jalan..makan..] tetapi kali ini kakliza terpaksa hadir kursus ini kerana kursus adalah kursus persediaan pencen dimana suamikakliza akan pencen dalam tempuh 3 tahun lagi..

pada 14-17 Disember 2009 kakliza akan membuat photoshooting masakan bersama PTS.com.my untuk mencepatkan proses pembikinan buku resepi kakliza yang agak terlewat dah ni..
dalam sessi masakan kali ini kakliza jangka akan masak sebanyak 23 resepi masakan barat, 23 resepi kueh kukus dan 23 resepi puding..
sonampaknya kakliza akan bertungkus lumus menyiapkan 69 resepi...
fuhhhh..penatnyaaaa...

saperti biasalah kakliza akan masak di 16-2, Apartment Putri, Jalan Setiawangsa 21, KL..
so siapa yang nak jumpa akak boleh datang sini..
cuma mohon mahap sekiranya tak dapat melayan mesra kerana kakliza kena masak jam 9pagi sehingga 6 petang..



kakliza akan balik rumah pada Khamis 17 Disember 2009 [malam]..
tapi hanya seminggu sahaja kerana pada 24 Disember 2009 kakliza sekeluarga akan balik Kedah untuk menghantar anak no.3 masuk rumah sewa di PermatangPauh, Penang...

Monday, December 07, 2009

Top 30 Judul PTS - November 2009

Alhamdulillah...
Syukur pada Allah SWT kerana buku-buku masakan kakiza telah menjadi top 30 saperti mana dalam tulisan Puan Ainon Mohd ...

TOP 30 Judul PTS - November 2009

Di bawah adalah senarai buku-buku bestseller yang dibekalkan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS:

1. Senangnya Memasak Sambal & Sos - 9,091
2. Senangnya Memasak Ayam - 7,922
3. Senangnya Memasak Nasi - 7,751
4. Senangnya Memasak Ikan - 7,560
5. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 6,715
6. Senangnya Memasak Daging - 6,667
7. Dahsyatnya Doa Ibu - 5,923
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau - 5,642
9. Memasak Sehebat Chef Rendang - 4,939
10. Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 4,716
11. Sejak Bila Kami Berkawan? Rayyan vs Naznin - 4,682
12. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah - 4,351
13. Senangnya Memasak Makanan Laut - 4,037
14. Sarah dan Senduk - 4,024
15. Senangnya Memasak Sayur - 3,937
16. Young Aisyah: Ponteng Puasa - 3,880
17. Komik-M: Raya 1 - 3,646
18. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - 3,436
19. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha - 3,412
20. Manzil Rasm Uthmani - 3,397
21. Doa Insan Berkasih - 3,390
22. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain - 3,368
23. Komik-M: Kad Raya Dari Syurga - 3,242
24. Diari Sarah - 3,231
25. Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru - 2,993
26. Gadis Lolipop - 2,933
27. 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia - 2,911
28. Aku, Dia & Coklat - 2,901
29. Ajaibnya Sedekah - 2,868
30. Yasin, Tahlil Dan Doa - 2,841

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers