Monday, March 30, 2009

IKAN


Holaaaa.....
lega besar den..
dah selamat dah kisah berenang dengan ikang-ikang didapurku...

bermacam-macam ikan yg kakliza kerjakan..
ada bakar..ada kukus..ada gulai..ada percik ..ada tumis..ada rebus..
segala maknenek resepi kakliza senaraikan bagi mencukupi quota yg dikehendakki...
apapun bila dah tenguk hasil hidangan..lega rasanyaaa....

jom kita tenguk salah satu hidangan yg kakliza persembahkan...



so now kakliza akan main kejar-kejar ngan moooooo...
ala yg dok kat padang tu laaa....

nantikan report seterusnya....

Wednesday, March 25, 2009

Ayam




fuuuuhhhh...legaaaaa rasanya....


hari ini kakliza dah selesaikan sebanyak 24 resepi AYAM..

resepinya adalah yg rengkas...

taklah berputar alam orang nak mencari bahan untuk memasaknya..
sesuai untuk ibu muda yang bekerja dan kesuntukan masa..

selama 6 hari kakliza bergelumang dengan ayam-ayam..

tak kira waktu..ada yg selesai jam 2.30 pagi..itulah cabarannya...
bermula dari segala bahan yg nak dimasak perlu diambilkan gambar sehinggalah siap terhidang dalam pinggan diatas meja ..

semuanya kakliza perlu ambil gambar step by step..
jadi chef...jadi photographer.. jadi tukang edit gambar..dan emelkan ke pejabat penerbitan...
dan paling mengharukan kakliza juga sebagai bibik basuh dan kemas semua peralatan..

kiranya "one man show" atau "one lady show" lebih sesuai kot...


kakliza buat seorang diri kerana kakliza masak tak tentu masa..

ikut kesesuaian masa kakliza..ikut keupayaan bekerja..
jangan tak percaya..tapi kena gak percaya tauuu..

even tengah malam pun kakliza masih menumis..membakar ayam..

habis berasap dapur kakliza...


mujurlah waktu ini kkliza ada para penguji makanan sambilan..
so apa yang kakliza masak tu ada tukang rasa..

komen yg kakliza dapat pun agak menggembirakan..


semoga apa yg kakliza buat menghasilkan sesuatu yang akan di menafaatkan untuk semua jenerasi...InsyaAllah...
tapi buat masa ni kakliza tak dapat nak tulis dan paparkan gambar resepi itu semuanya kerana rasanya itu adalah hak penerbitan tersebut..

mohon berbanyak2 maaf dipinta yer....


pasni kakliza akan berlari kejar resepi IKAN pulak..

so nantikan stori akan dipaparkan..

Tuesday, March 24, 2009

Daun Kari


Nama Tempatan: Kari


Nama Saintifik: Murraya Koenigii


Nama Lain: Karipulei, curry leaves


Famili: Rutaceae


Lokasi dijumpai: Diperkarangan rumah


Keterangan:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.

Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.


Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi:

66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.

Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Thursday, March 19, 2009

Masak

Salam buat semua adik-adik sekelian..
mulai hari ini kakliza akan bizi memasak pulak...
kali ini kakliza ada tugasan memasak berbagai-bagai jenis kategori masakan yg mana setiap kategori seharusnya ada 23 atau 24 jenis masakan..

selain dari memasak kakliza ditugaskan juga untuk mengambil gambar step by step setiap jenis resepi...
membuat editing gambar dan juga text resepi tersebut..


semuanya ini kakliza akan lalui sehingga akhir Mei 2009 ini due to dateline yg diberikan...

semoga kkliza sihat dan boleh meneruskan usaha ini..

dan juga kakliza berdoa agar segalanya berjalan lancar saperti yg di rancangkan.. anyway...wish me a very good luck...

sekiranya kakliza tak dapat nak update blog ini selama ini..mohon ampun dan maaf...
memang kakliza akan bizi tahap bapa kingkong tauuu....



Monday, March 09, 2009

Bizi..biziii..mmg bizi... [latest update]

zwani.com myspace graphic comments

first of all kakliza mohon berbanyak2 maaf kerana seminggu dua ini kakliza memang bizi tahap gaban..
ntah apa yg di bizikan pun kakliza takleh nak cakap..
tapi yg pasti mengenai tugasan rumah disamping tugasan baru kakliza..
nanti segalanya dah selesai akan kakliza beritakan disini..sabar.....
kakliza berdoa agar diberikan kesihatan yg baik untuk kakliza meneruskan tugasan baru ini...
semoga kita akan mendapat apa yg kakliza kerjakan sekarang ni...



jadual kakliza agak padat sehinggalah cuti sekolah ini...

1. Selasa 10 Mach 2009
pagi >> kakliza akan menghadiri majlis tamat PLKN anak kakiza [Mohd Azri] di Kem Latihan Cheneh Cemerlang [KLCC], Cheneh, Kemaman >>
kelakor sungguh hanya kakliza dan 2 kawan lagi menjadi tetamu VIP mewakili ibu/bapa pada 380 peserta PLKN di situ...

2. Rabu 11 Mach 2008
kakliza ambil Mohd Azri di Dungun [35 Km dari rumah] yg pulang dari PLKN tu dan malamnya akan bersiap untuk hantar dia bertolak ke Melaka untuk melihat keputusan SPM yg akan keluar pada Khamis 12 Mach 2009 ni..
tunggu bas MARA Liner bagai nak rak lewat dari time scheduled...
sambil membuat packing baju kami sekeluarga untuk balik KL dan juga Kedah..

3. Khamis 12 Mach 2009
pagi >> menghadiri majlis ceramah Maulidur Rasul di kelas fardhu ain Masjid Tengku Mizan Kerteh
..
sambil tu sure berdebar menantikan keputusan SPM Mohd Azri tu...[dah dapat]
lewat petang >> bertolak ke KL ..cuti sekolah bermula..sure sampai kat umah adik kakliza tengah malam..

4. Jumaat 13 Mach 2009
pagi >> kakliza akan berjumpa dengan beberapa orang di Wangsa Melawati dan juga my best fren Nonie di Setiawangsa..

petang dan malamnya >> akan berkumpul anak beranak di Shah Alam pula..

5. Sabtu 14 Mach 2009
pagi >> anak2 kakliza dijangka akan buat Remote Control Helicopter show ngan TV9 di Sri Pentas dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O
petang >> bertolak balik ke umah mertua di Alor Setar untuk beberapa hari..


6. Rabu 18 Mach 2009
pagi >> bertolak balik ke Kerteh melalui Kelantan..


aduhai...baca jadual pun dah penat..

apa-apa pun SELAMAT
BERCUTI....berhati-hati jalanraya....jumpa lagi selepas itu..