Saturday, July 26, 2008

I'm 50 today...




hari ini genaplah umur kakliza 50 tahun....[alamakkkk....makin muda laaa kakliza.... ]
aceli kkliza pun buntu [no ideas] nak tulis cerita mengenai entry today...
tapi nak juga kongsi omelan/omongan mengenai besdey girl.. [as what MamaFami always says to besdey girls out there...kan Mama..... ]
oklah..kita semua dah tahu siapa kakliza...tak payah citerla..nanti asyik ulang cakap yg sama jer..

apapun kakliza bersyukur pada Allah SWT yg telah memberikan rahmatNya sehingga saat kakliza berusia sebegini rupa..
dari pada ukuran "S" pada usia 21thn sehinggalah saiz "XXL" ..
tapi apa yg nampak..makin lama makin bertambah ramah-tamahnya kakliza ni....
kalau berjumpa..bertalipon..bersembang mmg tak cukup minit..malah boleh sampai tahap jam...[itu pasal kakliza gunakan line Happy.com untuk bersembang-ria..tahap maximun digunakan sehabis hati..45 minit sekali calling..or even biasalah sehingga kena cut off the conversation... ..u know laaa... ]

kakliza berasa amat bertuah dikelilingi adik-adik alam maya [cyber] walaupun tak kenal dalam alam nyata tapi ada antaranya terus menjadi teman/sahabat di alam nyata..
terasa diri ini amat dihargai setelah sekian lama terlibat dalam dunia cyber..

kali ini kakliza tak der buat apa makan besar sebab anak-anak berada di kolej dan asrama..
tapi kak liza beruntung sebab tahun ni opis asben kakliza akan bagi hadiah lumayan dan juga dapat bermalam kat hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pada 15 -18 Ogos 2008 ..
jangan terperanjat..itu gimik jer..
kebetulan tahun ini asben kakliza akan sambut 25 thn khidmat ngan opis ni....so kakliza bercadang akan kumpulkan semua anak2 kat situ dan meraikan besdey bersama-sama....

doa kakliza semoga Allah akan sentiasa merahmati kakliza sekeluarga ..memberikan keimanan yg lebih baik dari sebelum ini....memberikan kesabaran pada tahap maksimum ..

semoga adik-adik sekelian tak jemu mengunjungi kakliza untuk masa seterusnyaaaa.....

Friday, July 18, 2008

Daging Masak Hitam


DAGING MASAK HITAM

Bahan-Bahan:

500 gm daging [dipotong nipis]
1 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/k serbuk jintan putih ] bancuh dgn air rebusan
4 s/b minyak masak
5 s/b kicap pekat

2 batang serai [diketuk]
1/2 cawan jus asam jawa

Bahan Mesin
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
15 tangkai cili kering


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan  serai, bahan mesin dan jintan yg dibancuhkan hingga wangi.
3. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut.
4. Bila sudah lembut masukkan kicap.
5. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.
6. Bila telah masak boleh hidangkan.

Friday, July 11, 2008

Tok Aji Serban

masa kkliza shooting untuk majalah SAJI aritu kkliza telah pun buat kueh tradisional Terengganu..
kueh ni kkliza tak tahu mengapa dipanggil TOK AJI SERBAN...
tapi kueh ni adalah saperti kueh serimuka yg dibuat menggunakan pulut dilapisan bawah dan lapisan atas pula ialah campuran gula merah dan telur...
dimasakkan secara kukus saperti serimuka atau puteri shalat yg warna hijau tu...
kueh ni mmg mendapat permintaan yg baik dalam bulan piuasa...
tapi di Terengganu mungkin di Pasar Malam atau Pasar Tani banyak dijual..
sekiranya kalau nak makan untuk 2 orang mmg senang dibeli tapi payah nak jumpa yg sedap atau sesuai ngan selera sendiri...
so boleh cuba buat sendiri.

aceli kkliza ada stori pasal kueh tok aji serban ni..
lepas kakliza buat kueh ni ..kkliza pun tunjukkan pada anak kawan kakliza [Nonie] bernama Syaza melalui chatting YM..

kakliza : Syaza..tolong tunjukkan gambar kueh tok aji serban ni pada mama [Nonie] yer..
Syaza; Ok...Saza panggil mama tenguk kat laptop Syaza..

Syaza: Mama dah tenguk..dia tanya kenapa serban tok aji tu warnanya macam pucat jer...

kakliza ; Eh..mana leh buat warna terang ....nanti nenek aji jeles woo...

Syaza : Ye tak yer juga kan...nanti nenek aji mengamuk abis terbang serban tok aji....


Moral of the story...memang serban tok aji tu kena warna pudar....so nanti nenek aji taklah jeles...



fikir-fikirkan laa....adakah alasan atau kegagalan mengolah warna dalam kueh ni...





TOK AJI SERBAN

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 s/t garam

Cara Memasak
Lapisan Bawah

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

Ayam Bakar Oregano

minggu lalu kakliza dan kawan2 lain mengadakan makan-makan ala pot-luck di wakaf depan sekolah saperti yg telah lalu.. tema kali ini adalah western food.... sajalah nak ubah selera.... kakliza bawa ayam bakar oregano. sos lada hitam, kentang oregano, nasi goreng kampung dan kek oren topping cheese cream kawan2 lain ada yg bawa kek keju buah2an..spagheti bolognese, steamboat, nasi kerabu, laksam, kueh2, sosej tapi sayang kkliza x sempat nak amik gambor sebb layan anak2 potong dan makan ayam dan set2nya.. apa kata kita tenguk yg dihidangkan...




kami akan adakan lagi makan begini pada 29 Julai 2008 ni..
[alamak ... my besdey around the corner... so tengah planning nak masak apa ni... ]
rasanya kali ni nak buat kat kawasan belakang sekolah tepi pantai...banyak angin wooo..


sapa nak join..bolehlah datang....jangan malu-malu....buat macam majlis sendiri..hehhehehhe...




AYAM BAKAR OREGANO

Bahan

1 ekor ayam [berat 1.5 - 1.7 kg]
4 s/b sos BBQ [kkliza gunakan sos BBQ Pedas Knorr]
1 s/b lada hitam ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
3 sm halia ]
1 s/b dry oregano
1 s/b olive oil

Cara
1. Bersihkan ayam dan keringkan betul-betul.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 2 - 3 jam.
3. Bakarkan dalam oven pada suhu 200'C selama 1 jam
4. Hidangkan dengan sayuran.

Wednesday, July 09, 2008

Goreng IkanTenggiri Asam



GORENG IKAN TENGGIRI ASAM

Bahan

2 keping ikan tenggiri masam
3 biji limau nipis
3 s/b minyak

Bahan Hiris

3 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
3 ulas bawang merah

Cara
1. Basuh ikan tengiri dan toskan.
2. Gorengkan ikan dalam kuali sehingga masak dengan api perlahan.
3. Angkat ikan dan masukkan dalam pinggan.
4. Taburkan bahan hiris dan perahkan jus limau.
5. Hidangkan dengan nasi.

Ketupat Sotong

minggu lalu adalah minggu terakhir anak dara kakliza bersama kakliza..
Khamis ni kakliza sekeluarga akan ke Shah Alam untuk menghantar dia masuk semula ke U..
sure sunyi balik la rumah kakliza kerana takder sapa nak berceloteh ngan kakliza during day time...
dia ada bertanya mengenai rasa ketupat sotong yg kawannya dakwa sangat sedap...
so kakliza pun buatkan untuk dia makan...
masa kakliza belajar buat sotong ni dia baru jer pandai bercakap..




KETUPAT SOTONG

Bahan-bahannya:

1 kg sotong
400 gm beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 s/b halba
4 cawan santan [1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 s/k gula
garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

Kentang Oregano



KENTANG OREGANO

Bahan

500 gm kentang
1 biji cili capsikum ]
1 labu bawang besar ] potong dadu
2 biji cili hijau ]
1/2 cawan kacang merah besar [optional..gunakan dalam tin]
2 s/b roasted cashewnut
2 s/b butter
1 s/b dry oregano
garam

Cara
1. Kentang dibuangkan kulit dan potong kecil. Rebus sehingga masak. Toskan.
2. Panaskan butter dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3. Masukkan bawang besar, cili capsikum, cili hijau dan garam. Kacau rata.
4. Bila nampak layu masukkan kacang merah dan cashewnut.
5. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Tutup api.
6. Hidangkan dengan ayam panggang.

Bubur Jagung

semasa kakliza menjadi "kangaroo" kakliza melihat bubur jagung di Fp MaDiHa [rasanya]..
ia sungguh sedap dan nampak begitu menyelerakan...
kebetulan pulak beberaa minggu lalu kakliza dah janji ngan anak dara kak liza nak buatkan bubur jagung untuknya...
tapi oleh kerana kakliza tak jumpa jagung kat Pasar Tani atau Pasar Malam so kakliza pun gunakan jagung frozen yg orang buat jagung kukus tu..





BUBUR JAGUNG

Bahan

500 gm jagung frozen
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan air
1 cawan gula perang
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh dan sagu nampak jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan.

Pulut Serunding



PULUT SERUNDING DAGING

Bahan

500 gm beras pulut [rendamkan sebentar]
2 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
garam
daun pandan
serunding daging [beli jer]

Cara
1. Bersihkan dan toskan pulut.
2. Masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan dalam loyang.
3. Letakkan loyang dalam kukusan.
4. Masakkan sehingga naik wap.
5. Kacau beras pulut dalam loyang supaya masak rata.
6. Bila sudah masak tutup api.
7. Hidangkan dengan serunding daging.

Tuesday, July 01, 2008

Masak Lemak Labu




LABU KUNING

Vitamin A merupakan sejenis zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang. Ia menguatkan daya tahan badan untuk menentang jangkitan penyakit terutamanya di bahagian mata, paru-paru, tiub bronkial, kerongkong dan kulit.

Labu kuning merupakan salah satu daripada kaedah-kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A, satu faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada berbagai-bagai penyakit.

Berasal dari keluarga Cucurbitaceae, labu kuning adalah di antara jenis-jenis sayur yang kaya dengan vitamin A untuk mengubati atau menghindarkan penyakit-penyakit seperti masalah kulit, sakit mata, rabun terutamanya pada waktu malam, ketidakseimbangan gula dalam darah, jangkitan penyakit, pembengkakan di bahagian sendi, masalah paru-paru.

Buah labu dibuang kulit dan biji kemudian dikisar halus dengan air dan diminum pada setiap hari. Ia boleh dicampur dengan sedikit jus lobak merah untuk mengatasi rasanya yang kelat.

Isi labu, yang juga kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, niasin, vitamin B dan C dan magnesium, melancarkan fungsi-fungsi limpa manakala bijinya, yang mengandungi lemak dan protein boleh dimakan selepas digoreng. Juga boleh menghapuskan masalah cacing pita dalam usus, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ramai orang telah menjual biji labu ini apabila sudah digoreng dan permintaan ramai begitu menggalakkan terutamanya bagi golongan remaja yang lebih suka makan di waktu-waktu lapang.
petikan ~~ http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/n_asiah.html






MASAK LEMAK LABU & KANGKUNG

Bahan
500 gm labu kuning berkulit hijau [muda]
500 gm sayur kangkung
1 s/b udang kering
2 tangkai cili merah
2 cawan air
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 labu bawang besar
garam

Cara
1. Labu dibuangkan biji dalamnya. Potong kecil. [Sekiranya labu tua kulitnya hendaklah dibuangkan]
2. Kangkung dibersihkan dan potong pendek.
3. Masukkan labu, bawang, udang kering, air dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh dan labu lembut.
4. Masukkan santan pekat dan cili merah.
5. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuahnya perlahan-lahan.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi.

Sagu Bronok

Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.









SAGU BRONOK


Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

Soto Tulang

teringin nak makan soto..
so kakliza buat yg paling senang..kes all in one la kannn....
kalau gunakan ayam..nak kena koyakkan [siatkan]..
so kkliza buat gunakan tulang..sonang banget...

nasi impitnya kak liza gunakan yg paket kecil tu..comel2 jer...
rebus pn taklah susah sangat....
sejukkan dan potong..
pastu curahkan jer sup tulang yg dibuat tu...
kalau tak eprcaya...acu cuba try masakkk....





SOTO DAGING

Bahan- [anggaran 10 orang makan]
1 kg tulang [potong kecil]
nasi impit [kakliza gunakan yg paket mini nasi impit >> rebus sampai masak]
taugeh [kakliza gunakan hirisan kobis]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan tulang, garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga tulang lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

Kicap Pedas [mesin halus]
10 biji cili api
2 s/b kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers