Friday, November 28, 2008

Cuti Lagi

salam..
kakliza dah mulai bercuti ..

n3 ni kkliza tulis akt umah adik kakliza di PD..




tengah malam tadi kakliza bertolak ke Masjid Tanah, Melaka untuk mengambil khemah yang ditempah untuk digunakan semasa bermain kapalterbang kontrol...
kemudian akan singgah PD untuk berjumpa bonda dan adik kakliza disitu..
nak berikan kiriman lemang femes dari Kijal/Tganu yg sedap tu dan kain batik dan tudung bawal batu kristal yg dipesan oleh mereka..

petang ni kakliza akan bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kak liza [Mohd Azlan] pada Sabtu esok..
pagi Ahad kkliza akan bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk berjumpa datuk kakliza..
nenek kakliza baru jer meninggal dunia pada raya puasa ke4 baru-baru ni..
kami singgah sekejap saja memandangkan kami akan ke Sg. Petani kerana husband kak liza terpaksa attend forum kerjanya selama 4 hari di Kelab Cinta Sayang Resort..

kakliza rasa ada beberapa orang geng tenet yg akan berjumpa kakliza semasa di Sg.Petani..
disini kkliza dah siapkan bahan2 masakan untuk kami sekeluarga memandangkan resort tu kena kuar cari kedai makan..
seronoknyaaaa kakliza....
tak sabar nak jumpa mereka semua yg sudi sangat nak beramas mesra ngan kakliza...
antara yg berjanji nak jumpa kakliza adalah Rinnchan, mamazieza, Ana cakelover, Maisya, Zai Kulim dan juga beberapa orang dari utara nun...
bior gamat gedering kami kat resort tu nanti...
[ada sesiapa nak join kerrr... ]

then pada Khamis kakliza akan balik ke Alor Setar umah mertua untuk berhari raya Haji disana..

pada 2 raya haji [Selasa] kakliza akan bertolak balik ke Shah Alam untuk menghantar anak dara di kolejnya ..
keesokannya [Rabu] kak liza akan balik ke Kerteh..

tapi pada 19 & 20 Disember 2008 kakliza sekali lagi akan outing ke Kuantan kerana husband kkliza akan kerja disana..
tapi biasalah kami anak beranak dikira dalam percutian...
kali ni kkliza bercadang nak jumpa Ummi homesweethome pulak...

so kiranya 2 minggu la kkliza x akan bertenet kerana kakliza x der kat umah.....
apapun kakliza harap adik2 lain SELAMAT BERCUTI.....

Thursday, November 27, 2008

Pasta Bakar

PASTA BAKAR


500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar

Wednesday, November 26, 2008

Award dari En.Mat Gebu

kakliza berasa amat terharu atas pemberian award dari En Mat Gebu
tak sanga beliau sudi memberikan award pada kakliza..




Terimakasih daun keladi..
lenkali boleh kasi lagi...






oleh kerana kakliza akan bercuti panjang..
so kakliza tak dapat nak sampaikan award pada adik2 siber yg lain..

so sori...

Paung Goreng

sesiapa yg tak pernah datang atau tinggal di Terengganu tentu akan janggal dengan kueh ini..
tapi yg peliknya anak-anak kakliza semuanya suka kueh ni..
kueh ni kena berhati2 semasa menggorengnya..
kena gunakan api yg paling perlahan kerana bimbang kueh akan meletup..macam bom pulak nanti...
kakliza mula belajar buat kueh ni semasa anak kakliza kecil2 lagi..
masa tu mana ada internet..
so asik buat eksperimen masak jer..
even kakliza buat keropok lekur sendiri..sampai berkilo-kilo pulak tu...
tapi le ni moood nak masak gitu agak kurang sikit la due to anak2 dah tak ramai kat umah..






PAUNG GORENG

Bahan

500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya

Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Saturday, November 22, 2008

Tugasan dari Edazman

kak liza terkejut gak ni..ada tugasan dari Edazman...
tapi kena b sporting la kannnnn...

1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3 - Post that picture with NO editing.
4 - Post these instructions with your picture.
5 - Tag 5 people to do this




kakliza rasa tentu ramai yg tak mahu wajahnya diletakkan dalam blog..
so kakliza pun rasa tak perlulah nak TAG orang lain..

selamat cik puan sekelian...kakakkaka......


Singgang Daging

biasanya kalau ada daging sure akan masak gulai..rendang or masak kicap atau sup..
tapi bila kakliza tinggal di Terengganu ada yg syurkan masak singgang macam singgang ikan tu..
so kakliza pun cubalah..
kalau tak cuba mana tahu sedap or camner rasanya kannnn...
tapi memang sedap dan yg penting rasanya agak healthy sebb tiada masakan berminyak...
tapi sedap lagi kalau makan ngan nasi putih yang lembut, sambal belacan dan ulaman sayuran...

kebetulan tak lama lagi kita akan berhari raya qorban..
sure banyak daging so apa kata kita cuba masakan ini...
memang senang nak memasaknya...



SINGGANG DAGING

Bahan
500 gm daging [hiris nipis]
3 keping asam keping
3 ulas bawang putih ]
4 cm lengkuas ] hiris
3 cm kunyit hidup ]
1 s/b ketumbar ]
1 s/k jintan manis ] tumbuk kasar
Ciliapi
garam
Air secukupnya

Cara
1.Masakkan semua bahan kecuali ciliapi dalam periuk dan masakkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan ciliapi dan rasakan garamnya.
3. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan

Selawat Tafrijiyah




Fadilat berselawat
1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh mennghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan.

Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT




Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana menunaikan doa kakliza dan juga ibu2 lain dari Sek. Keb. Rantau Petronas..
ingin kakliza kongsikan kegembiraan ini dialam maya ...
pada Khamis lalu keputusan UPSR telah diumumkan..
antara yg terlibat adalah anak kakliza no4 Mohd Azib yg bersekolah di SKRP..
tahun 2008 ini murid Tahun 6 seramai 101 orang telah mengambil peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris..
setelah semua guru2 sekolah bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan samada selepas waktu persekolah atau malam dan juga hujung minggu..
maka hasil yg didapati amat memberangsangkan dengan peratusan lulus 96%
manakala yg mendapat 5A adalah seramai 41 orang iaitu 41% dari candidates..
ini menunjukkan peratusan yg tinggi dalam sesebuah sekolah..





peratusan lulus UPSR



antara guru-guru SKRP, Kerteh yang mengajar anak kakliza... Cikgu Shamsudin is cikgu yg paling popular kat sini...



kegembiraan kkliza bertambah dengan keputusan Azib yg cemerlang kerana pendapat kakliza dia belajar pun bukanlah saperti yg dapat keputusan 5A..
apapun kakliza bersyukur sesangat kerana diberikan anak2 yg berjaya setakat ini..Amin...
mudah-mudahan di peperiksaan akan datang dia akan menunjukkan keputusan yg lebih baik dan cemerlang...


menunggu giliran amik keputusan


dah dapat keputusan..Alhamdulillah...


hasil keputusan

Kerabu Sayur






KERABU SAYURAN

Bahan
10 tangkai kacang botol ]
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus
10 pokok daun selom ]
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula

Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]

Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan.

Monday, November 17, 2008

Hard Working Food Blogger Award

Hard Working Blogger Award[1]

award ini kakliza terima dari Ummi
tapi oleh sebab ada masalah kakliza nak buat new entry so kakliza terpaksa pendamkan dulu..
akhirnya kakliza berjaya selesaikan masalah tersebut..
so dengan besar hati kakliza ingin gantungkan dalam dapur kakliza..


kakliza ucapkan berbanyak2 terimakasih kerana kesudian Ummi menghadiahkan award yg tiada ternilai pada kakliza ...
[eh..macam ucapan artis popular pulak....wakakakakaa.... ]


501030kkfslwz3p1

terimakasih daun keladi..
jika sudi lenkali kasi lagi...


so giliran kakliza pula ingin kongsikan award ini dengan...


1. MamaFaMi

2. Almari Kayu

3. Edazman

4. Bro Rozzan

5. Yummylicious-Jun

sudikanlah menggantung di rumah anda sekelian....

Thursday, October 23, 2008

Have a nice weekend

hujung minggu ni kakliza akan berjalan jauh lagi..
so aktiviti masak tak dapatlah dijalankan...rindulah pulak..
tapi seronok juga sebb dapt rehat..makan apa yg orang lain masak..

kali ni perjalanan kakliza akan ke Kuala Lumpur...
bertolak selepas abis opis aben petang esok [Khamis]...
kakliza akan jumpa anak-anak di Shah Alam..
di KL/Shah Alam asben kkliza akan membeli barangan yg dihajati ...
seterus akan ke Port Dickson untuk berjumpa bonda tersayang dan juga adik kakliza sekeluarga disana...

kakliza membawa anak sulong [Mohd Azlan] bersama kerana kkliza nak dia tolong amik gambar di asrama adiknya di Alor Gajah...

dari PD kakliza akan ke Alor Gajah untuk menghadiri majlis Solat Hajat, bacaan Yassin dan juga Majlis Penyampaian Hadiah anak kakliza no3 [Mohd. Azri] di MRSM sana...

sempena cuti hujung minggu akan diikuti dengan cuti Deepavali pada hari Isnin kakliza akan membawa Mohd. Azri ke PD semula untuk bersama-sama keluarga adik kakliza disana ..
lagipun di PD nanti kakliza nak minta Azlan tengukkan komputer kakliza dan juga adik kakliza yg ada masalah sikit..
kakliza akan hantar Azri semula ke asrama pada Isnin dan akan ke Shah Alam semula untuk menghantar Azlan ..
then baru kami akan balik ke Kerteh..

Fuh.... ...penatnya tenguk jadual...

apapun kkliza ucapkan Selamat berhujung Minggu....







Fun Fly Raya @ Alor Ketitir, Mercang Terengganu

pada 2 minggu lalu asben kkliza n geng remote control telah mengadakan fun fly raya di Alor Ketitir, Mercang Terengganu..
terletak di utara siit dari bandar Dungun lebih kurang 70km dari rumah kkliza...kira2 sejam perjalanan merupakan landasan kapalterbang kecil lama...

oleh kerana kami akan bermain seharian so kkliza telah membawa ...






menu kakliza adalah nasi impit, rendang daging, sandwich, kueh raya [biskut dan kek] dan juga air oren sejuk yg kkliza letakkan dalam cooler..
untuk nak bagi hapening lagi kakliza telah tumiskan sambal untuk mee goreng dirumah ..
pastu masakkan mee dan sayurannya ditempat kami bermain remote kontrol tu..
kakliza gunakan dapur gas yg ada tabung gas kecil tu..
sayangnya kkliza lupa nak amik gambo masa masak tu pulak..
ni semua gara2 sibuk jadi fotografer untuk semua kapal terbang dan heli yg terbang...
saja seronok nak main masak-masak....

selain dari kkliza ada juga orang lain bawa makanan..kueh raya..nasi minyak dan gulai kawah..
kiranya macam gadering raya la kannnn..



kami bersurai jam 7 malam dengan penuh kepenatan balik ...









Cornflake Madu Coklat Chips


masa nak buat biskut kegemaran anak kkliza no.3 [Mohd Azib] kakliza dapati ada banyak stok coklat chips dan juga roasted badam cincang..
so kakliza pun sediakan..




CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS

Bahan A

150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang panggang

Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, October 21, 2008

Kek Buah Serimas

masa bulan puasa aritu..kakliza selalunya bangun sediakan sahur jam 4.30 pagi..
sambil menyediakan persiapan dan makan sahur kkliza akan buka TV2 dan mengikuti rancangan masakan chef Norzailina..
so kkliza terpikat nak mencuba kek buah yg ditunjukkan hanya gunakan minyak saja...
tanpa berlengah kakliza pun mencuba pada siang harinya memandangkan nak bawa balik kek tu ke umah mertua kakliza...

kebetulan kakliza telah dapat buku resepi yg dijual tu hasil order dari chef Norzailina sendiri..




hasil yang kakliza dapati kek ini sama setanding yg menggunakan butter dan kemanisannya amat sesuai dengan kkliza yg tak suka kueh manis sangat..
even mak mertua kakliza amat suka makan..
berulangkali menjamahnya..sambil menyebut dia berkenan bab manis kek ni..
sesuai ngan org yg berpenyakit kencing manis...kena kontrol manis kek..





KEK BUAH SERIMAS
[sumber Chef Norzailina ~ buku Selera MMVITAOILS]

Bahan A
150ml minyak Serimas [kakliza gunakan minyak biasa jer]
3 biji telur A
45 ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana [kakliza gunakan madu]
1 sudu besar jus oren [kakliza gunakan sunquick]

Bahan B
220 gm tepung gandum ] diayak
2 sudu teh serbuk penaik ]
175 gm gula perang
350 gm buah campuran
50 gm badam urai [kakliza gunakan roasted badam cincang]
1 sudu teh parutan kulit oren
badam tanpa kulit

Cara
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu.
2. Gaulkan bahan ayak dan gula.
3. Masukkan buah campuran, badam urai dan kulit oren.
4. Perlahan-lahan tuangkan bahan A
5. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
6. Ratakan dalam tin[loyang] yang telah dilaikkan kertas minyak dan dilenserkan.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama sejam.

Muffin Oren & Poppiseed

masa raya baru2 ni kkliza buat muffin untuk keluarga mertua dan tentunya anak saudara seronok tenguk kek comel yg membukit tu..
di tambah ngan bau oren yg wangi menyebabkan masing-masing asik mengusung muffin..
disamping tu kakliza buat juga muffin coklat chips..
tapi tak sempat nak amik gambo..ilang dari pingan...




MUFFIN OREN & POPPISEED
[24 muffin saiz medium]

Bahan A
500 gm muffin ready mix oren & poppiseed
200 gm tepung naik sendiri [ayak]

Bahan B
4 biji telur [pukul sedikit]
180 gm minyak
280 ml jus oren

Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.
4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran 45 gm [ hampir penuh] dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Saturday, October 18, 2008

Kasih Mesra di Aidilfitri


kali ni kita sembang apa yg terjadi dipagi raya...
jom kita tenguk apa yg terjadi...
tapi minta mahapla yer..gambar ahli keluarga pompuan takder kerana masing2 tak pakai tudung so kena tapislah...


permintaan Azib bila Azlan potongkan rambutnya dimalam raya


gelagat Azib sementara menunggu nak g solat aidilfitri


Azib ngan Azlan..sajalah dia suka main camera..
dia gunakan camera abang [Nikon D80] dan remotenya..


Azib dan Azri


Azib dan pakngah


dengan wan dipagi raya..pastu baru dapat angpow..


Azlan n his kazen ~ Omar dan Nadia [anak SIL kakliza]


Azlan's youngest kazen ~ Qaisara [anak BIL kakliza]


BIL yg bungsu n his family


Azri mohon ampun dan maaf dari wan


mohon maaf dan dapat duit raya dari Pakngah


dapat duit raya dari wan..seronoknya ..semua tersenyum gembira..


mohon ampun maaf dari pak mertua..masing2 sebak ...
penuh kasih sayang yg terjalin selama 27 kali raya...


keriangan dua beranak..Paktam dan Azri..
beza umur 18 thn tapi sama besar jer..cuma warna kulit jer berbeza..


gembira dua beradik yg lama tak berjumpa..
Pakngah dan Paktam..


kasih dua beranak...pastu ayahda dapat duit raya..so surprise....
taklupa juga pada bonda..dan nenda berdua..
semua kazen tak terkecuali sbb Azlan dah kerja so semua dapat duit raya...


asben kakliza bersama adik no2...


bersama adik yg bungsu pulak..
semua kelihatan gembira membuli abang long...
sekali sekala jumpa riuh rendah usik mengusik..