Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Thursday, October 23, 2008
Fun Fly Raya @ Alor Ketitir, Mercang Terengganu
Cornflake Madu Coklat Chips
masa nak buat biskut kegemaran anak kkliza no.3 [Mohd Azib] kakliza dapati ada banyak stok coklat chips dan juga roasted badam cincang..
so kakliza pun sediakan..
CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS
Bahan A
150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu
Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang panggang
Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice
Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Tuesday, October 21, 2008
Kek Buah Serimas
masa bulan puasa aritu..kakliza selalunya bangun sediakan sahur jam 4.30 pagi..
sambil menyediakan persiapan dan makan sahur kkliza akan buka TV2 dan mengikuti rancangan masakan chef Norzailina..
so kkliza terpikat nak mencuba kek buah yg ditunjukkan hanya gunakan minyak saja...
tanpa berlengah kakliza pun mencuba pada siang harinya memandangkan nak bawa balik kek tu ke umah mertua kakliza...
kebetulan kakliza telah dapat buku resepi yg dijual tu hasil order dari chef Norzailina sendiri..
hasil yang kakliza dapati kek ini sama setanding yg menggunakan butter dan kemanisannya amat sesuai dengan kkliza yg tak suka kueh manis sangat..
even mak mertua kakliza amat suka makan..
berulangkali menjamahnya..sambil menyebut dia berkenan bab manis kek ni..
sesuai ngan org yg berpenyakit kencing manis...kena kontrol manis kek..
KEK BUAH SERIMAS
[sumber Chef Norzailina ~ buku Selera MMVITAOILS]
Bahan A
150ml minyak Serimas [kakliza gunakan minyak biasa jer]
3 biji telur A
45 ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana [kakliza gunakan madu]
1 sudu besar jus oren [kakliza gunakan sunquick]
Bahan B
220 gm tepung gandum ] diayak
2 sudu teh serbuk penaik ]
175 gm gula perang
350 gm buah campuran
50 gm badam urai [kakliza gunakan roasted badam cincang]
1 sudu teh parutan kulit oren
badam tanpa kulit
Cara
1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu.
2. Gaulkan bahan ayak dan gula.
3. Masukkan buah campuran, badam urai dan kulit oren.
4. Perlahan-lahan tuangkan bahan A
5. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
6. Ratakan dalam tin[loyang] yang telah dilaikkan kertas minyak dan dilenserkan.
7. Aturkan badam diatasnya dan bakar pada 180'C selama sejam.

Muffin Oren & Poppiseed
masa raya baru2 ni kkliza buat muffin untuk keluarga mertua dan tentunya anak saudara seronok tenguk kek comel yg membukit tu..
di tambah ngan bau oren yg wangi menyebabkan masing-masing asik mengusung muffin..
disamping tu kakliza buat juga muffin coklat chips..
tapi tak sempat nak amik gambo..ilang dari pingan...
MUFFIN OREN & POPPISEED
[24 muffin saiz medium]
Bahan A
500 gm muffin ready mix oren & poppiseed
200 gm tepung naik sendiri [ayak]
Bahan B
4 biji telur [pukul sedikit]
180 gm minyak
280 ml jus oren
Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.
4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran 45 gm [ hampir penuh] dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Saturday, October 18, 2008
Kasih Mesra di Aidilfitri
kali ni kita sembang apa yg terjadi dipagi raya... jom kita tenguk apa yg terjadi... tapi minta mahapla yer..gambar ahli keluarga pompuan takder kerana masing2 tak pakai tudung so kena tapislah... permintaan Azib bila Azlan potongkan rambutnya dimalam raya gelagat Azib sementara menunggu nak g solat aidilfitri Azib ngan Azlan..sajalah dia suka main camera.. dia gunakan camera abang [Nikon D80] dan remotenya.. Azib dan Azri Azib dan pakngah dengan wan dipagi raya..pastu baru dapat angpow.. Azlan n his kazen ~ Omar dan Nadia [anak SIL kakliza] Azlan's youngest kazen ~ Qaisara [anak BIL kakliza] BIL yg bungsu n his family Azri mohon ampun dan maaf dari wan mohon maaf dan dapat duit raya dari Pakngah dapat duit raya dari wan..seronoknya ..semua tersenyum gembira.. mohon ampun maaf dari pak mertua..masing2 sebak ... penuh kasih sayang yg terjalin selama 27 kali raya... keriangan dua beranak..Paktam dan Azri.. beza umur 18 thn tapi sama besar jer..cuma warna kulit jer berbeza.. gembira dua beradik yg lama tak berjumpa.. Pakngah dan Paktam.. kasih dua beranak...pastu ayahda dapat duit raya..so surprise.... taklupa juga pada bonda..dan nenda berdua.. semua kazen tak terkecuali sbb Azlan dah kerja so semua dapat duit raya... asben kakliza bersama adik no2... bersama adik yg bungsu pulak.. semua kelihatan gembira membuli abang long... sekali sekala jumpa riuh rendah usik mengusik.. |
Aidilfitri 2008 @ Anak Bukit, Kedah
salam aidilfitri walaupun dah lama berlalu..
masih ada lagi kann sbb raya kan sebulan....
saperti kelazimannya...kakliza memang menyambut raya aidilfitri bersama mertua di Anak Bukit..
sebagai menantu sulong biasanya kakliza akan membantu mak mertua masak...
tapi mmg tak payah diminta kakliza sendiri akan sibuk didapur kerana bab masak ni mmg dah penyakit..
kalau tak masak..macam tak senang hidup dibuatnya..
lagipun dalam banyak2 adik beradik ipar duai tu..kkliza ada ramai ahli keluarga so rasanya kalau tak tolong masak..kesian kat orang lain...
raya kai ni kkliza diminta untuk masak rendang..dah sedia 2 kilo daging untuk dimasakkan..
manakala mertua kakliza pulak masak gulai daging dan kurma ayam..
disamping itu..setiap kali raya..sup tulang mmg jadi masakan wajib..
tapi itu tugasan pak mertua kakliza...
oleh kerana tahun ni anak kkliza ada camera dan alatan2nya baru so kkliza x banyak pegang camera..
lagipun kakliza agak bizi..so mmg kurang nak posing2..
semua kerja/pergerakan nak cepat..so mmg malas sungguh nak amik gambo..
hanya ni saja yg kkliza dapat pamirkan...
masakan wajib mak mertua
SIL kkliza tempah
anggur raya..3 kilo habis sehari saja
tambahan pada tempahan
cornflake madu..peberet anak no.4
sempat buat untuk gantikan kek
ketupat..tempah saja
masakan untuk anak2 yg makan pedas..
sup tulang wajib setiap raya dimasak oleh pak mertua
rendang daging masak oleh kakliza
kek oren
kek buah resepi chef Norzailina..gunakan minyak jer