Saturday, August 30, 2008

Salam Ramadan Al-Mubarak


diam tak diam sampailah masa untuk kita menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan..


" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
buat adik-adik yg sentiasa mengunjungi blog kakliza..
ingin kakliza mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini tulisan dan juga omelan kkliza ada yg kurang enak dibaca..kurang cantik dipandang..

sebagaimana yg dikatakan...

Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad S.AW, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak dia tidak melakukan hal-hak yang berikut :

1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu daripada kedua orang tuanya (jika masih ada)

2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri

3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

"Maka Rasulullah S.A.W pun mengatakan Amin.... Amin... Amin... Ya Rabbalallamin... Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikta dan mengaminkan adalah Rasullullah S.A.W dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat (Saidul Ayyam)"...



semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari dahulu dan mendapat keberkatan dari Allah SWT


MERDEKA

kkliza pun takmo ketinggalan....


Pot-luck lunch again

saperti yg kakliza ceritakan sebelum ini kakliza dan beberapa orang ibu mengadakan pot-luck lunch kat sekolah lagi..
ini adalah berikutan kami ingin menjamu selera bersama-sama sementara menunggu anak-anak Tahun 6 yg ada kelas tambahan selepas waktu kelas iaitu pada jam 2 - 3 petang..


saperti biasalah..macam-macam makanan ada..

makanan yg kakliza bawa..

lagi kerabu yg kakliza buat..

makanan yg dibawa oleh ibu-ibu..
sorilah dek kerana sibuk melayani juadah..ada makanan yg kakliza x amik gambo..


dessert yg dibuat oleh ibu lain

antara makanan yg kakliza tak amik gambo..
nasi goreng udang..besar sungguh udangnya..sabo jela...
laksam...best sungguh..rugi betui tak amik gambo..kasi adik2 terliur...

Sunday, August 24, 2008

Kaedah Bain Marie atau Steam Bake

kakliza mendapat pertanyaan [tapi tak ingat siapa..sori yer..] mengenai kaedah Bain Marie atau Steam Bake untuk memasak/bakar kek terutamanya kek keju..

Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek2 yang lembut seperti custard atau sous yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheesecake yang mengandungi putih telur secara meringue.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

Cara memasak
1. Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air

2. Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air.

3. Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160'C atau saperti arahan pada resepi kek.

4. Bakar/masak mengikut arahan resepi.

5. Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa
jam.




[sumber gambar dari Channel2004 > TQ so much... ]

Kerabu Betik Muda [Green Papaya Salad]

baru-baru ni kawan kakliza kasi buah betik mengkal..muda putih selepuk..
oleh kerana kami cadang nak buat makan untuk pot-luck lunch so kakliza pun buat kerabu..
bila makan ramai2 ni..aduhai..kerabu lah yg paling best dan dapat sambutan...


KERABU BETIK MUDA

Bahan

1 biji betik muda [anggaran 1.5kgs]
5 urat kacang panjang [racik kasar]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 biji tomato buah [potong dadu kasar]
2 s/b sos ikan
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk kasar]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
2 s/b gula
garam

Bahan Tumbuk Kasar
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 ulas bawang putih

Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya. Parut kasar [gunakan magic shredder] atau cincang panjang. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah dan daun ketumbar.
3. Gaulkan sebati dan rata.
4. Masukkan kacang dan daun ketumbar. Gaulkan.
5. Rasakan manis dan masinnya.
6. Hidangkan.

Saturday, August 23, 2008

Wedding Fazlin & Anwar

pada 08.08.08 lalu kak liza hadir majlis pernikahan dan perkahwinan anak sulong sahabat baik kakliza [Nonie] iaitu Hanieza Fazlina bt Yahya dengan pasangannya Khairul Anwar bin Awang Abu Bakar di Setiawangsa..
sebagai sabahat baik yg terjalin selama 27 tahun kakliza merasakan saperti majlis perkahwinan anak sendiri pulak..
terasa sayu pulak saat dia nak bernikah...[perasan jer ... ]
maklumlah kakliza lihat dan biasa menjaga dia dari berumur 6 bulan sehinggalah sekarang..
kebetulan dia pun memanggil kakliza dan asben dgn panggilan 'mak dan ayah'..so mesra sesangat laaa...

kakliza ada amik gambar semasa majlis pernikahan yg berlansung di Masjid Setiawangsa tu tapi kakliza dah upload kat laptop ayah pengantin..
bila asben kakliza tranfer ke pc kakliza dia lupa kat mana dia saved..
pastu asben kakliza delete segala yg ada dalam thumbdrive tu..
dan malangnya thumbdrive tu pun hilang..
rasanya asben kakliza silap letak..dia terlupa...

apapun jom kita tenguk majlis kenduri yg dibuat pada Sabtu 09.08.08 lalu...



pelamin serba merah hati [maroon] dan putih


2 pohon pahar bunga telur yg kakliza buat dari umah [Kerteh]


kek pengantin yg hasilkan oleh Misliha Cake ..sedap dan cantik..tak rugi menempah...

makanan yg dihidangkan ..ditempah dari Awang Catering..sedap tau...dan yg penting murah ...

pengantin baru yg sungguh menawan dan lembut budi bahasa...

Lunch @ Maklang 's House

aceli ini adalah lunch yg kakliza hadiri pada 10 Ogos 2008 [Ahad] lalu dirumah Maklang Kerteh yg meraikan kunjungan tetamu jauh dari Dubai iaitu Idham & famili dan Mulan dari Kerteh/Rantau Laut, Sarina & famili dari Kemaman dan Ibu Sara dari Kerteh/Kg Baru.

sebenarnya hari [pagi] itu kakliza baru jer sampai dari KL kerana menghadiri majlis perkahwinan Fazlin dan Anwar [anakda kawan baik kakliza] tapi kkliza gagahi juga hadir..
sesampainya kakliza dirumah Maklang tu..tetamu dah pun sampai dan makanan penuh diatas meja
sehinggakan tak tahu nak makan yg mana satu..


jom kita tenguk apa yg maklang dan kawan2 hidangkan..

tetamu [wanita] yg hadir..lelakinya pemalu ..

makanan yg disediakan oleh maklang....

salad sayur + kacang kuda rebus

kek karot hasil tangan oleh maklang

biasalah maklang dan "ciken roasted"nya..

salad kentang maklang

mee rebus yg enak dari maklang

cupcakes coklat maklang

kek purple hasiltangan Sarina

puding roti mulan


kueh dari Vietnam [kakliza lupa namanya] juga hasil tangan Mulan [kes baru balik Vietnam..beli kulit popiah tu la...]

susyi [atau kempap ..rasanya] hasil tangan anak dara Sarina ..kes dok belajar kat Korea so bikin aje masakan sana...

Friday, August 22, 2008

Brillante Weblog Premio 2008 Award



terasa macam artis pulak la..[perasanyaaaa...]
kali ini kakliza dapat award ini dari
Suzi dan juga Kacip_Fatimah ...

kakliza ucapkan berbanyak-banyak terimakasih atas kesudian adik2 siber memberikan award ini pada kakliza..
sungguh terharu sampai lambat betui nak gantung..
sebb rasa macam mimpi pulak..

Kreativ Blogger Award


kali ni kakliza dapat award dari chilun @ cik pau @ bibimie..
rasa macam tak caya jer...sebb kakliza pun bukan kreatif sangat..
buat blog ni pun belasah jer..asalkan boleh dibaca apa yg ditulis..dan tenguk gambar apa yg disnap...

apapun kakliza ucapkan berbanyak2 terimakasih..
sorilah akak lambat gantung award ni due to percutian baru-baru ni...lagipun lately kkliza agak bizi giler..mujurlah idak giler..kalau tak, mahu haru satu malaya ni...